Sinergi erat pemacu kecemerlangan pendidikan

1 Jul 2026 • 4:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sinergi erat pemacu kecemerlangan pendidikan

Tenom: Semangat sinergi dan kerjasama erat antara semua pihak perlu terus diperkasakan bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di Sabah dapat dipertahankan serta dipertingkatkan seiring dengan perubahan landskap pendidikan semasa.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Datuk Raisin Saidin berkata kecemerlangan pendidikan bukanlah hasil usaha individu semata-mata sebaliknya lahir daripada komitmen bersama pejabat pendidikan daerah (PPD), pemimpin sekolah, guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), ibu bapa, komuniti dan rakan strategik.

“Kejayaan sesebuah sekolah tidak hanya diukur berdasarkan pencapaian akademik malah turut melibatkan pembentukan sahsiah, disiplin, kepimpinan, bakat, kemahiran serta nilai murni dalam kalangan murid.

Guru perlu terus meningkatkan ilmu dan kemahiran, pemimpin sekolah perlu memimpin dengan hikmah manakala PPD harus berperanan sebagai pembimbing serta pemudah cara dalam memacu kecemerlangan pendidikan.

Pada masa sama sekolah perlu menjadi ruang yang selamat, menyeronokkan dan bermakna untuk murid membina masa depan mereka,” katanya ketika merasmikan Majlis Sinergi Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Tenom 2026 di Dewan SM Tsung Tsin.

Majlis Sinergi Cemerlang PPD Tenom 2026 menghimpunkan empat komponen utama iaitu Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah, MAKAHEBAT, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Majlis Persaraan sebagai simbol penghargaan terhadap kecemerlangan pengurusan, pencapaian akademik, pembangunan murid serta jasa warga pendidikan di daerah itu.

Dalam pada itu Raisin turut meminta warga pendidikan perlu bersedia menghadapi cabaran baharu termasuk transformasi digital, penggunaan kecerdasan buatan (AI), pembelajaran abad ke-21 serta usaha memperkukuh kemenjadian murid yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan daya saing.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved