Singa Fidget Spinner Curi Tumpuan, Tarian Singa Versi Sabah Ini Buat Netizen Terhibur

31 Jan 2025 • 2:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tarian singa versi Sabah ini memang lain macam

Singa Fidget Spinner Curi Tumpuan, Tarian Singa Versi Sabah Ini Buat Netizen Terhibur. Tahun Baru Cina tak sah kalau tiada tarian singa, kan? Tapi kali ini, ada sesuatu yang lain dari yang lain berlaku di Sabah. Bukan sekadar tarian biasa, tetapi aksi yang buat ramai tak kering gusi.

Dalam satu video yang kini tular di media sosial, kelihatan tiga ekor singa sedang mempersembahkan tarian tradisional sempena perayaan Tahun Baru Cina.

image is not available
Singa Fidget Spinner Curi Tumpuan, Tarian Singa Versi Sabah Ini Buat Netizen Terhibur

Namun, dua ekor singa berwarna biru ini berjaya mencuri perhatian ramai kerana aksinya yang luar biasa di atas tiang tinggi – bukan sekadar melompat atau menari, tetapi berpusing-pusing macam ‘fidget spinner’!

“Boleh pulak dia main pusing-pusing atas,” tulis kapsyen video tersebut, yang membuatkan ramai netizen terhibur dan tercengang dengan kehebatan mereka.

Netizen Tak Lepaskan Peluang Buat Lawak

Seperti biasa, ruangan komen terus dihujani dengan pelbagai reaksi lucu dari netizen yang tak dapat menahan gelak melihat tarian singa versi moden ini.

“Tak mustahil akan datang singa buat backflip,” seloroh seorang pengguna Facebook.

“Moden sudah tarian singa sekarang, next level betul,” kata seorang lagi netizen yang kagum dengan kreativiti tarian ini.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengaku seram melihat aksi berpusing di atas tiang tinggi, tetapi tetap terhibur dengan persembahan yang memukau ini.

image is not available
Sumber foto: TikTok

Tarian Singa – Simbol Tuah dan Kegembiraan

Walaupun aksi tarian singa ini nampak luar biasa, tradisi ini tetap menjadi simbol tuah dan kegembiraan buat masyarakat Cina. Yang penting, semua orang terhibur dan kagum dengan kemahiran penari singa yang berjaya menampilkan sesuatu yang unik.

Jadi, siapa tahu? Mungkin tahun depan kita akan tengok singa buat parkour pula. Apa pun, Sabah sekali lagi membuktikan bahawa mereka memang ‘champion’ dalam menghasilkan persembahan tarian singa yang luar biasa.

Jangan lupa baca artikel menarik lain mengenai tarian singa di Sabah dan Sarawak: