Singa Mengaum jadi pusat juang Cinta Gaza Malaysia

27 Dec 2022 • 12:24 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BANGI: Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) yang dahulunya dikenali sebagai From Gaza With Love pada Isnin telah merasmikan ibu pejabat mereka yang terbaharu yang diberi jolokan ‘Singa Mengaum‘ di Plaza Paragon Point, Bandar Baru Bangi.

‘Singa Mengaum’ dilihat akan memberikan inspirasi buat aktivis mereka menggandakan usaha demi pembebasan dan kefahaman perjuangan Palestin.

Dalam majlis yang sama, hasil karya terbaru Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Nadir Al-Nuri bertajuk ‘Sedekad Di Penjara Terbesar Dunia: Seinci Dari Kematian’ turut dilancarkan yang disaksikan oleh lebih 400 orang tetamu terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya para pempengaruh (influencer), wakil pelbagai NGO dan badan korporat, rakan-rakan media serta para penyumbang CGM.

image is not available

Majlis dimulakan dengan ucapan Nadir Al-Nuri dan dirasmikan oleh Ketua Penyelidik Yayasan Isra’, Dr. Kamaruzaman Yusof yang juga merupakan ayahanda kepada Saudara Nadir.

image is not available

image is not available

Dalam majlis itu juga, Nadir telah menganugerahkan ‘Kit Influencer‘ kepada tetamu kehormat termasuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr) Ahmad Sani Dato’ Abdul Alim Araby di atas jasa beliau yang sentiasa bersama CGM sebagai rakan strategik.

Para tetamu turut dibawa meninjau sekitar ibu pejabat terbaharu CGM yang menampilkan reka bentuk dalaman yang moden dan selesa.

image is not availableimage is not available

“CGM dalam proses untuk membangunkan sebuah Wisma Malaysia di atas sebuah tanah wakaf yang telah diberikan oleh Kementerian Wakaf di Gaza seluas 900 meter persegi yang terletak di tengah bandar Gaza.”

image is not available“Wisma itu akan menjadi pusat kepada gerakan NGO Malaysia untuk bekerja secara sistematik dalam memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan di Palestin,” ucap Nadir Al-Nuri kepada tetamu yang hadir.