
Singapore Tourism Board (STB) hari ini melancarkan Made in Singapore, kempen global terkini sebagai inspirasi para pelancong memilih Singapura untuk destinasi pelancongan seterusnya.
Kempen tersebut memberikan suatu nafas baru kepada jenama Passion Made Possible1. Ia akan menyerlahkan pengalaman Singapura daripada tarikan-tarikan ikonik sehingga ke pengalaman yang berharga, dan bagaimana pengalaman biasa bertukar luar biasa di Singapura.
Encik Kenneth Lim, Penolong Ketua Eksekutif (Kumpulan Pemasaran), STB, berkata: “Kempen Made in Singapore ini bersandarkan jenama kita iaitu Passion Made Possible, yang merangkumi semangat Singapura untuk memenuhi minat-minat individu dan mencipta peluang-peluang baru.
Melalui kempen ini, kami ingin mengukuhkan Singapura sebagai destinasi pelancongan yang menjadikan impian suatu realiti. Matlamat kami adalah untuk mempamerkan bagaimana detik-detik harian yang biasa menjadi luar biasa dan tidak dapat dilupakan, dialami hanya di Singapura – memberi inspirasi untuk melancong ke sini.”
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Didorong oleh asas yang kuat yang menjadikan Singapura suatu destinasi pelancongan dan perniagaan yang menarik, sektor pelancongan Singapura bersedia untuk pembangunan yang kukuh2. Namun, persaingan antara destinasi pelancongan terus meningkat bersama-sama dengan perubahan tingkah laku pelancongan.
Suatu kajian pada November 2021 telah dijalankan bersama-sama 3,000 responden merentasi 10 pasaran luar negara mendapati lebih 60% individu menginginkan pelancongan yang bermakna, dan hampir 80% daripada individu tersebut mencari destinasi pelancongan yang memberikan inspirasi kepada mereka3.
Kempen Made in Singapore ini bertujuan mengekalkan Singapura sebagai tumpuan utama dan berhubung merentasi pelbagai pelancong dengan mempamerkan ciri-ciri utama negara tersebut: destinasi Kota di dalam Alam (City in Nature) yang bukan hanya meriah dan kosmopolitan, bahkan berakar umbi kekuatan warisan pelbagai budaya.
Untuk membina pertalian emosi dan memberi inspirasi untuk melancong ke Singapura, kempen ini mengambil pendekatan yang berani dan santai untuk menyampaikan semangat Made in Singapore: dimana suatu kelainan pada kebiasaan mencipta percutian yang penuh dengan keajaiban.
Daripada mandian hutan di tempat yang tidak dijangka iaitu Rain Vortex di Jewel Changi Airport, sehingga menjamu selera di pusat penjaja Lau Pa Sat, dan menyaksikan "pertunjukan udara" berwarna-warni di Mandai Bird Paradise yang serba baru, Singapura mengubah imaginasi menjadi pengalaman yang sebenar dan memberi inspirasi kepada pelancong.
(Rujuk Annex A untuk pengalaman yang baru dan inovatif pelancong boleh nantikan di Singapura.)
Made in Singapore akan dilancarkan ke seluruh pasaran utama di luar negara termasuk China, India, Indonesia, Korea Selatan, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Selain filem dan sosial, kempen ini akan merangkumi pengaktifan dalam pasaran, perkongsian industri, kerjasama dengan pencipta kandungan, serta lawatan suai kenal untuk memberi keasyikan kepada media dan pemberi pengaruh pada pengalaman Made in Singapore.
Made in Singapore telah menggantikan SingapoReimagine, kempen pemulihan antarabangsa yang dilancarkan oleh STB pada November 2020 untuk menghidupkan semula semangat pelancongan ke Singapura.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
