Singapura akan naik taraf konsulat di Bangladesh kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi

22 Sep 2023 • 3:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

DHAKA: Singapura akan menaik taraf konsulatnya di Dhaka di ibu negara Bangladesh kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi mulai 1 Oktober, yang mencerminkan peningkatan hubungan ekonomi dan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara, lapor Xinhua memetik laporan United News of Bangladesh pada Khamis.

Berita itu turut dikongsi oleh Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan (gambar) kepada Menteri Luar Bangladesh AK Abdul Momen pada 20 September semasa mesyuarat dua hala di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 di New York.

Momen sebelum ini meminta menteri luar Singapura membuka misi diplomatik penuh di Dhaka, yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara sambil menggesa supaya republik itu membuat lebih banyak pelaburan di zon ekonomi khas Bangladesh. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved