Singapura Beri Akses AI Premium Percuma Kepada Rakyat Berumur 25 Tahun Ke Atas

LocalTechnology
4 Mar 2026 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Singapura mempunyai impian menghasilkan 100,000 pekerja “celik kecerdasan buatan (AI)” menjelang 2029 bagi mengurangkan impak ke atas tenaga pekerja serta memastikan negara terus kompetitif di rantau Asia Tenggara. Bagi merealisasikan impian ini, semua rakyat Singapura berumur 25 tahun ke atas yang mendaftar kursus AI tertentu akan menerima akses percuma kepada perkhidmatan AI premium selama enam bulan.

image is not available

Akses akan diberikan pada H2 2026 untuk kursus AI terpilih di bawah program SkillsFuture. Langkah ini diumumkan oleh Menteri Tenaga Kerja Tan See Leng semasa perbahasan belanjawan Kementerian Tenaga Manusia Singapura. Tujuan utama ialah membina keyakinan dan kefasihan AI melalui penggunaan berterusan, bukan sekadar teori.

Kerajaan Singapura sedang berbincang dengan penyedia seperti Google, Microsoft, OpenAI dan Manus AI untuk menentukan AI yang akan diberikan. Akses akan mengikut kursus yang diambil, supaya AI yang digunakan benar-benar selaras dengan kandungan pembelajaran.

Di Malaysia puluhan juta telah diluluskan dalam Belanjawan 2025 dan 2024 bagi meluaskan pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) ke semua universiti pendidikan. Sementara itu laporan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan TalentCorp mendapati seramai 1.8 juta pekerja Malaysia akan terkesan disebabkan oleh pengenalan teknologi ini dalam masa tiga hingga lima tahun.