Singapura Hargai Bantuan Malaysia Bawa Rakyat Pulang Dari Iran

24 Jun 2025 • 10:10 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Singapura menghargai keprihatinan Malaysia dalam memberi bantuan memindahkan seorang rakyatnya keluar dari negara yang sedang mengalami konflik bersama Israel yang dilihat semakin meruncing.

Singapura hargai bantuan Malaysia

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Menteri luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan memberitahu bantuan tersebut mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dan menjadi bukti solidariti negara-negara Asean.

Menerusi sepucuk surat dikirim buat rakan sejawatnya di Malaysia iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan, Vivian menegaskan sokongan negara serantau begitu penting dalam menjadi contoh kepentingan Garis Panduan ASEAN berhubung Bantuan Konsul bagi negara anggota dalam memelihara kebajikan dan kesalamatan rakyat.

“Waktu susah memperlihatkan siapa sahabat sebanar.

“Kami sangat menghargai kesiapsiagaan kerajaan Malaysia dalam memberikan bantuan ketika berdepan krisis,” tulis Vivian di Facebook, pada Isnin.

image is not available

Foto: eCentral.my

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Oman yang turut memberikan bantuan dalam misi memindahkan rakyatnya dari negara yang sedang bergolak itu.

Beliau turut memberitahu, tindakan pantas Bahagian Konsul Kementerian Luar serta Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dan Ashgabat telah membantu Singapura menjalankan pelan pemindahan dalam keadaan yang baik biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Bantuan pantas mereka, khususnya dalam menyediakan penginapan, permit masuk dan pengangkutan ke Turkmenistan, begitu penting dalam menjaga keselamatan rakyat kami,” jelasnya.

image is not available

Foto: CNN

Untuk info, Singapura tidak mempunyai sebarang perwakilan diplomatik di Iran namun seorang rakyatnya berjaya dibawa keluar dari Iran ke Ashgabat, Turkmenistan, bersama sekumpulan rakyat Malaysia dan warga asing lain melalui pertolongan Kerajaan Malaysia.

Sumber: Facebook Vivian Balakrishnan