Singapura Ke-7, Malaysia Ke-49 & Indonesia Ke-126 Dalam Senarai International IQ Test

28 Apr 2026 • 3:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Singapura Ke-7, Malaysia Ke-49 & Indonesia Ke-126 Dalam Senarai International IQ Test

Singapura Ke-7, Malaysia Ke-49 & Indonesia Ke-126 Dalam Senarai International IQ Test

Dalam era yang semakin dipacu oleh kemajuan teknologi ini, kecerdasan manusia dilihat sebagai aset paling bernilai dalam menentukan hala tuju kemajuan sesebuah negara.

Kehadiran pelbagai teknologi baharu setiap tahun, daripada cip pemprosesan peranti sehinggalah kepada kecerdasan buatan (AI), telah menjadi "game changer" di peringkat global.

Perkembangan ini jelas membuktikan sejauh mana keupayaan intelektual manusia mampu berkembang dan diperluaskan.

Oleh itu, tidak hairanlah kewujudan kaedah yang dikenali sebagai IQ dijadikan sebagai penanda aras untuk mengukur tahap kecerdasan seseorang manusia.

Baru-baru ini, data daripada International IQ Test mendedahkan kedudukan negara-negara di dunia berdasarkan skor IQ purata.

Malaysia berada di kedudukan ke-49

Menurut laporan International IQ Test 2026, ranking IQ Malaysia (98.51) kini berada di kedudukan kelima tertinggi IQ di ASEAN selepas Singapura (103.56), Vietnam (102.26), Sri Lanka (101.22), Thailand (99.94).

Myanmar pula berada di kedudukan ke-54 dengan skor 98.28 purata IQ, diikuti Brunei Darussalam (96.54) di tangga 74.

Selain itu, Filipina mencatatkan purata IQ 95.68 di tangga ke-83 dunia, manakala Kemboja (93.12) di tangga ke-103.

Difahamkan, Laos berada di tangga ke-105 yang mencatatkan purata IQ sebanyak 92.97. Sementara itu, Indonesia di kedudukan yang ke-126 dunia (89.96).

Menurut senarai lagi, Timor-Leste pula berada di tangga ke 136 dengan nilai purata IQ 86.7.

Tiga negara dengan purata IQ tertinggi

1. Korea Selatan – 106.97

2. China – 106.43

3. Jepun – 106.3

Tiga negara dengan purata IQ terendah

1. Rwanda – 86.9

2. Timor-Leste – 86.7

3. Somalia – 83.84

Image from: Singapura Ke-7, Malaysia Ke-49 & Indonesia Ke-126 Dalam Senarai International IQ Test
Baca juga: