Singapura ketatkan dasar monetari susulan perang Iran

WorldBusiness & Finance
27 Jul 2026 • 2:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Singapura ketatkan dasar monetari susulan perang Iran

SINGAPURA: Singapura mengetatkan dasar monetarinya pada Isnin buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan susulan kesan perang Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran yang terus menyebabkan pasaran tenaga global tidak menentu dan meningkatkan risiko inflasi.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) berkata ia akan meningkatkan kadar penghargaan nilai wajaran perdagangan dolar tempatan.

Langkah itu diambil ketika harga minyak kekal tinggi berikutan ketegangan di Asia Barat yang tercetus susulan serangan AS dan Israel ke atas Iran bermula 28 Februari lalu, yang terus memberi kesan kepada pasaran global.

Memandangkan negara itu mengimport sebahagian besar keperluannya, kenaikan harga makanan dan tenaga di peringkat global secara langsung meningkatkan kos sara hidup di Singapura.

Berbeza dengan kebanyakan bank pusat lain, MAS mengawal inflasi dengan melaraskan nilai dolar Singapura berbanding sekumpulan mata wang rakan dagang utamanya dalam satu julat yang tidak didedahkan, dan bukannya menetapkan kadar faedah.

Dolar Singapura yang lebih kukuh membantu mengurangkan kesan kenaikan kos import.

“Kos import Singapura berkemungkinan meningkat dalam suku-suku akan datang,” kata MAS sambil menambah bahawa inflasi teras dijangka meningkat pada Julai dan kekal tinggi sehingga awal tahun depan.

MAS turut memberi amaran bahawa inflasi boleh meningkat lebih tinggi daripada jangkaan sekiranya harga tenaga kembali melonjak kerana rizab bahan api telah berkurangan dengan ketara, manakala gangguan baharu terhadap bekalan di Asia Barat berpotensi menyebabkan lonjakan mendadak harga minyak.

MAS kali terakhir mengetatkan dasar monetarinya pada April lalu, iaitu kali pertama sejak 2022.- AFP

The post Singapura ketatkan dasar monetari susulan perang Iran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved