Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia $15 bermula 1 Jan

LocalBusiness & Finance
25 Jun 2026 • 3:37 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia $15 bermula 1 Jan

SINGAPURA - Singapura akan menaikkan bayaran untuk teksi berdaftar Malaysia yang memasuki republik itu kepada S$15 (S$1=RM3.18) setiap perjalanan mulai 1 Jan 2027, meningkat daripada S$2 sebulan sekarang.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan pelarasan Permit Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVP) bertujuan untuk merapatkan jurang kos antara teksi berdaftar Malaysia dan teksi berdaftar Singapura yang beroperasi di Singapura.

“Hanya teksi berdaftar Malaysia yang dilesenkan dengan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVL) yang sah dan PSVP ASEAN yang dikeluarkan oleh LTA dibenarkan mengendalikan perkhidmatan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

"Pengunjung dinasihatkan supaya menggunakan hanya teksi berlesen untuk perjalanan rentas sempadan kerana hanya teksi ini mempunyai perlindungan insurans yang sah," menurut kenyataan itu.

LTA juga memberi amaran penumpang yang menggunakan kenderaan tidak berlesen yang tidak diinsuranskan dengan sewajarnya boleh berdepan masalah, mendedahkannya tanpa perlindungan yang mencukupi atau ruang untuk pampasan sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

"LTA akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan pengangkutan terus (point-to-point) haram untuk menjaga keselamatan penumpang dan mata pencarian pemandu berlesen," katanya. - 25 Jun, 2026

The post Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia $15 bermula 1 Jan appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved