Kotak tikam dahulunya dijual di kedai runcit untuk mendapatkan hadiah seperti cermin mata plastik, askar payung terjun dan gula-gula getah. Di dunia moden, kotak tikam telah berubah menjadi kotak buta (blind box) semasa membeli permainan anak patung seperti Labubu. Ia mempunyai elemen perjudian membuatkan pembeliannya oleh orang Islam adalah haram.

Kerana elemen berbentuk perjudian ini, kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Pihak Berkuasa Kawal Selia Perjudian (GRA) sedang merangka peraturan khusus untuk penawaran blind boxes di republik tersebut. Ini adalah bagi mengurus risiko ia menggalakkan perjudian. Antara cadangan yang dipertimbangkan ialah keperluan mendedahkan kebarangkalian mendapatkan barangan tertentu pada kotak produk.
Walaupun China memulakan trend kotak tikam, di negara ini garis panduan telah diperkenalkan sejak 2023 mengharamkan ia dijual kepada individu bawah 8 tahun. Jualan kepada individu berumur 8-18 tahun pula perlu mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dahulu. Sementara itu di Shanghai, harga siling kotak tikam diperkenalkan.
Di App Store pula, Apple mewajibkan pembangun aplikasi perlu menunjukkan kebarangkalian mendapatkan barang yang khusus, untuk memastikan bahawa para pemain permua tidak ditipu oleh pembangun sehingga membazirkan wang.
