Singapura tahan tiga remaja fahaman radikal, rancang serangan di sekolah dan kem tentera

WorldPolitics
27 Jul 2026 • 8:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Singapura tahan tiga remaja fahaman radikal, rancang serangan di sekolah dan kem tentera

SINGAPURA, 27 JULAI: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura menahan tiga remaja yang terpengaruh fahaman radikal bersendirian di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam kes berasingan berhubung rancangan serangan di republik itu.

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata ketiga-tiga remaja berkenaan yang berumur 15, 19 dan yang paling muda berumur 14 tahun merancang serangan korban beramai-ramai di sekolah berbeza serta sebuah kem tentera.

Beliau berkata remaja berusia 14 tahun itu disyaki terpengaruh dengan Ekstremisme Keganasan Komposit (CoVE) menerusi permainan tembak-menembak perspektif orang pertama dalam Roblox serta kandungan berunsur keganasan dalam talian.

"Dia mahu menjalankan serangan tikaman korban beramai-ramai di sekolah menengahnya dan mahu menggunakan pisau dari rumah.

"Dia mahu menyiarkan secara langsung serangannya, ikrar taat setia kepada ISIS, dan kemudian mengambil nyawanya sendiri," kata menteri itu dalam sidang media pada Isnin.

Sementara itu, Shanmugam berkata kes kedua melibatkan seorang pelajar lelaki berumur 15 tahun yang telah mengambil kandungan tegar melampau dalam jumlah yang banyak dan merancang untuk menjalankan serangan korban beramai-ramai di Singapura demi menyokong ISIS.

Kes ketiga melibatkan remaja berumur 19 tahun yang dikenal pasti sebagai Tan Jun Jie, yang merancang dua serangan menyasarkan pegawai Angkatan Tentera Singapura (SAF) di Pangkalan Udara Sembawang dan pelajar LGBTQ di sekolahnya sendiri.

Dia turut cuba menjalankan serangan siber terhadap laman web organisasi Muslim yang dianggapnya terpesong, tambah menteri itu lagi.

Menurut ISD, ketiga-tiga remaja lelaki warganegara Singapura yang terpengaruh fahaman radikal bersendirian itu, masing-masing dikenakan Perintah Tahanan (OD) di bawah ISA pada April, Mei dan Jun 2026.

"Walaupun kes mereka tidak berkaitan, ketiga-tiganya terpengaruh fahaman radikal secara bersendirian menerusi ideologi ekstremis berunsur keganasan dalam talian, dan telah membuat persediaan untuk melakukan serangan tempatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved