Singapura tawar gaji profesional lebih tinggi, cecah RM22,000

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 1:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Singapura tawar gaji profesional lebih tinggi, cecah RM22,000

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar golongan profesional Malaysia yang bekerja di Singapura menerima pendapatan antara 4,001 hingga 7,000 dolar Singapura (RM12,768 – RM22,344) berdasarkan kajian Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Berbanding kumpulan profesional sama, mereka menerima gaji bulanan RM6,124 di negara ini berdasarkan Laporan Survei Gaji dan Upah 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, faktor gaji lebih tinggi dan pendapatan lebih baik berupaya menarik minat golongan berkenaan untuk bekerja di Singapura.

“Kajian oleh Talent Corp pada 2024 mendapati 94.5 peratus responden menyatakan gaji yang lebih tinggi dan potensi pendapatan yang lebih baik sebagai faktor utama yang menarik mereka untuk bekerja di Singapura.

“Profesional berkemahiran khusus dan berpengalaman pula, khususnya dalam bidang teknologi maklumat pula menerima pendapatan melebihi 10,000 dolar Singapura (RM31,000),” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web rasmi Parlimen.

Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) mengenai perbezaan gaji profesional Malaysia dengan Singapura mengikut bidang kepakaran serta strategi mengurangkan penghijrahan bakat berkemahiran tinggi.

Sehubungan itu, Ramanan berkata, kerajaan memacu kenaikan gaji tempatan melalui Dasar Gaji Progresif (DGP) yang menggalakkan majikan menawarkan kenaikan gaji yang selari dengan peningkatan kemahiran dan produktiviti pekerja, dengan sokongan insentif kerajaan.

Selain itu, katanya, Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp mengambil pendekatan menyeluruh dalam menangani isu penghijrahan bakat dengan memperkukuh daya tarikan ekosistem pekerjaan tempatan melalui program ‘Knowledge Worker’ di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Program Kepulangan Pakar (REP).

“Inisiatif MyHeart turut menghubungkan diaspora Malaysia dengan peluang tanah air serta memanfaatkan kepakaran, jaringan dan sumbangan diaspora untuk pembangunan negara.

“MyHeart Networking Session juga diadakan bagi diaspora berkepakaran untuk mengakses peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan pengalaman, kepakaran dan tahap kemahiran,” katanya. – UTUSAN

The post Singapura tawar gaji profesional lebih tinggi, cecah RM22,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved