Singapura ‘Top 3’ Bandar Paling Bahagia Di Dunia, Rakyat Tak Puas Hati – “Kami Tertekan! Malaysia Lebih Gembira”

21 May 2025 • 9:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Laman Happy City Index telah mengeluarkan senarai bandar-bandar paling bahagia di dalam dunia dan Singapura berjaya menduduki tempat ketiga, di mana ia hanya berada di belakang Copenhagen serta Zurich.

image is not available

Sumber : Axello Tacts  

Untuk bandar Kuala Lumpur pula, ia tersenarai di tangga ke-167 dalam ranking bandar paling gembira dan Petaling Jaya pula duduki ranking ke-183.

image is not available

Sumber : Axello Tacts  

Biarpun berjaya menduduki tempat ketiga sebagai bandar paling bahagia dalam dunia, rakyat Singapura kelihatan tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

‘Jangan mengaburi mata saya dengan gelaran negara ketiga paling gembira di dunia’

Salah seorang individu di TikTok yang merupakan rakyat Singapura menegaskan mereka hidup tertekan dan terlalu letih hingga ke tahap mahu menangi

 

Bangun 7 pagi, berhimpit seperti sardin dalam MRT, bekerja sangat kuat sehingga roh saya nak tinggalkan jasad saya. Balik rumah pun masih kena maki dengan bos saya menerusi WhatsApp. Ini yang kamu panggil gembira?

Meninjau di ruangan komen hantaran video itu, rata-rata rakyat Singapura setuju dengan pandangan lelaki terbabit dan merasakan Malaysia lebih layak menduduki tempat ketiga itu.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh mengatakan kajian tersebut merupakan propaganda politik yang dibuat oleh pihak tertentu.

image is not available 1 week ago

"Dulu Power, Sekarang.." – Duit Singapura Dikhabarkan Semakin Lemah?