Single Terbaharu Affizy Khairi, ‘Ku Bertahan’, Nada Tingginya Sebiji Macam Lagu ‘She’s Gone’!

Music
29 Aug 2022 • 8:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Affizy Khairy - Gambar ihsan 4U Entertainment

Sama ada di saluran YouTube mahupun TikTok dan Instagram, setiap perkongsian lagu-lagu cover yang dibawakan Affizy Khairy pasti menjadi viral. 

Bahkan, single pertama influencer TikTok dan Instagram yang berjudul, ‘Cinta Sejati’ ini turut meraih trending di YouTube dengan tontonan lebih 5 juta tontonan. 

Kejayaan itu membuatkan label 4U Entertainment tidak agak-agak untuk menghasilkan single kedua dan terbaharunya, ‘Ku Bertahan’, karya ciptaan Aiman Sidek.

Namun, lagu berdurasi hampir 5 minit itu dikatakan mempunyai bahagian bernada tinggi seperti lagu popular, ‘She Gone’ yang dipopularkan  kumpulan glam metal dari Amerika, Steelheart terutama di minit ke 2:20 - 2:30 dalam lagu tersebut.

Affizy juga telah mendendangkan mash-up kedua lagu tersebut yang dimuat naik di akaun TikTok dan Instagram miliknya. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Yes Its Agy (@affizykhairy)

Affizy yang lebih dikenali sebagai Agy berkata, dia amat berbesar hati apabila berpeluang  menyanyikan lagu ‘Ku Bertahan’ yang baginya amat kena dengan situasi kehidupannya sekarang. 

“Saya berharap agar lagu ini dapat meresap ke jiwa pendengar yang sedang melalui setiap getir dan kepayahan dalam kehidupan,” katanya.

Sejak dilancarkan pada bulan lalu, jumlah tontonan lagu ‘Ku Bertahan’ di saluran YouTube 4U Entertainment telah mencecah lebih 15,000 tontonan. Bahkan, ia juga sudah mula mendapat perhatian beberapa produksi drama mahu pun telefilem.

‘Ku Bertahan’ yang mengisahkan tentang sebuah perjuangan seseorang dalam kehidupan yang perlu melalui ranjau perjalanan yang penuh dugaan dan cabaran.

Selaku komposer ‘Ku Bertahan’, Aiman Sidek berkata, Agy mempunyai keunikan dan kekuatan vokal yang baik dalam menyampaikan lagu ‘Ku Bertahan’.

“Penjiwaannya terhadap lagu ini juga sangat mendalam. Memang Agy yang saya bayangkan tatkala menulis dan mencipta lagu ini,” katanya. - Getaran, 29 Ogos 2022