Single Tersakiti bawa kisah luka dan keberanian Emma Suhaimi

EntertainmentMusic
13 Aug 2026 • 3:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Emma Suhaimi

PETALING JAYA: Penyanyi dan penyampai radio, Emma Suhaimi kembali dengan single balada terbaharu, Tersakiti yang mengangkat kisah keberanian melepaskan hubungan toksik demi menyelamatkan diri daripada terus terluka.

Lagu ciptaan sepenuhnya komposer Indonesia, Ilham Baso yang sebelum ini menghasilkan lagu hit Menjaga Jodoh Orang Lain nyanyian Ara Johari itu mengetengahkan kisah luka, kekecewaan dan kekuatan untuk bangkit selepas melalui hubungan yang tidak sihat.

Menurut Emma, Tersakiti bukan sekadar lagu mengenai perpisahan, sebaliknya membawa mesej supaya seseorang berani mencintai diri sendiri dan meninggalkan hubungan yang hanya membawa penderitaan.

“Mesej lagu ini sebenarnya sangat mudah. Kalau kita sudah tahu berada dalam hubungan yang toksik, segeralah tinggalkan sebelum kita menjadi lebih Tersakiti.

“Kadang-kadang kita terlalu lama bertahan kerana berharap keadaan akan berubah, sedangkan akhirnya hanya diri sendiri yang semakin terluka,” katanya dalam kenyataan.

Emma berkata, kisah yang diketengahkan menerusi lagu itu dekat dengan realiti kehidupan masyarakat yang memilih untuk memendam perasaan dan terus bertahan walaupun menyedari hubungan dilalui tidak lagi sihat.

Bercerita mengenai proses pembikinan lagu, Emma mengakui pengalaman peribadi yang pernah dilalui turut membantunya menghayati setiap bait lirik dengan lebih mendalam.

Menurut Emma lagi, pengalaman hidup yang dilaluinya sendiri sedikit sebanyak membantu proses penghayatan lagu tersebut.

Emma Suhaimi

“Saya tidak mahu menipu. Saya sendiri pernah melalui pengalaman yang menyakitkan dan mungkin itu juga antara sebab saya memilih lagu ini. Kekecewaan yang saya lalui selama hampir 16 tahun membuatkan saya lebih memahami setiap bait lirik yang dinyanyikan.

“Namun, saya percaya kesedihan tidak semestinya diterjemahkan dengan tangisan. Kadang-kadang ketenangan juga mampu menyampaikan rasa yang jauh lebih mendalam,” katanya,” katanya.

Emma berharap Tersakiti dapat menjadi teman kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar, khususnya individu yang memilih untuk menyimpan luka sendirian.

Single Tersakiti kini boleh distrim di semua platform penstriman digital utama, manakala muzik videonya boleh ditonton menerusi saluran rasmi Nova Music.

The post Single Tersakiti bawa kisah luka dan keberanian Emma Suhaimi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved