Sinopsis lima tahun pemerintahan Al-Sultan Abdullah

30 Jan 2024 • 8:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Al-Sultan Abdullah ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

image is not available
Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong pada majlis perasmian Stesen Janakuasa Battersea di Central London.

image is not available
Al-Sultan Abdullah bertitah pada perasmian Pavilion Malaysia pada COP28 bagi UNFCCC di Dubai.

image is not available
Al- Sultan Abdullah berkenan melambai orang ramai sempena Kembara Kenali Borneo. Foto Bernama

BERIKUT adalah sinopsis lima tahun pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah:

16 Januari 2019

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan sebagai Sultan Pahang ke-6.

24 Januari 2019

Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

31 Januari 2019

Baginda mengangkat sumpah bagi memulakan pemerintahan di peringkat Persekutuan di Istana Negara.

30 Julai 2019

Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

24 Februari 2020

Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7.

1 Mac 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam sebuah kerajaan campuran yang dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional.

12 Januari 2021

Al-Sultan Abdullah berkenan Proklamasi Darurat dilaksanakan ekoran penularan pandemik Covid-19.

21 Ogos 2021

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9 di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.

13 Oktober 2022

Seri Paduka Baginda berkenan menyempurnakan majlis perasmian projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia iaitu Stesen Janakuasa Battersea di Central London.

23 November 2022

Al-Sultan Abdullah berjaya menyelesaikan kemelut politik ketika situasi Parlimen tergantung pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

24 November 2022

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

30 November hingga 4 Disember 2023

Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP28) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai.

3 hingga 13 September 2023

Baginda menjadi Agong pertama menjelajah Sabah dan Sarawak dengan memandu kenderaan sendiri sejauh 2,154 kilometer sepanjang Kembara Kenali Borneo.