Siri AI Diumumkan Dengan Kemampuan Dipertingkat, Lebih Bijak dan Aplikasi Tersendiri

TechnologyDigital
9 Jun 2026 • 9:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri AI Diumumkan Dengan Kemampuan Dipertingkat, Lebih Bijak dan Aplikasi Tersendiri

Selepas beberapa bulan berita mengenai pembangunannya tertiris, di WWDC 2026 Siri AI akhirnya diumumkan secara rasmi. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Siri AI ialah pembantu maya Siri dengan kemampuan yang dipertingkatkan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Image from: Siri AI Diumumkan Dengan Kemampuan Dipertingkat, Lebih Bijak dan Aplikasi Tersendiri

Siri AI memberikan tumpuan kepada perbualan secara lebih mendalam, integrasi sistem dengan lebih baik, dan kemampuan merentas platform. Ia kini boleh melakukan perbualan berantai dan berterusan mengikut konteks seperti yang sudah boleh dilakukan Gemini sejak sekian lain. Ini pastinya tidak mengejutkan kerana AI yang digunakan oleh Siri AI kini menggunakan model asas Gemini.

Ia boleh mengakses pengetahuan dunia masa nyata dan data peribadi pengguna merentasi pelbagai aplikasi. Ini adalah ciri yang dijanjikan wujud pada Siri sejak iPhone 16 yang tertangguh beberapa kali. Pengguna boleh menyeru siri mengenai tiket kapal terbang dalam emel atau nombor telefon konsert yang diambil pada poster. Kemampuan Siri AI kini setanding dengan Google Personal Intelligence yang boleh digunakan pada Pixel dan Gaalxy S26 sejak Januari.

Image from: Siri AI Diumumkan Dengan Kemampuan Dipertingkat, Lebih Bijak dan Aplikasi Tersendiri

Integrasi pada Dynamic Island juga diperkenalkan dengan ia muncul dalam “belon” tersendiri untuk berinteraksi dengan pengguna. Tidak ketinggalan model suara Siri juga diberikan nafas baharu supaya kedengaran lebih semu jadi dan ekspresif menggantikan suara yang agak robotik sebelum ini. Pengguna boleh menetapkan sendiri kelajuan dan juga slanga Siri bercakap dengan beberapa model suara ditawarkan.

Image from: Siri AI Diumumkan Dengan Kemampuan Dipertingkat, Lebih Bijak dan Aplikasi Tersendiri

Dengan aplikasi Siri AI yang tersendiri, pengguna boleh melihat kesemua sejarah perbualan lampau untuk dilihat semula. Dengan ini tidak perlu bertanya berkali-kali kerana perbualan disenaraikan mengikut kronologi.

Siri AI boleh diakses pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Vision Pro. Ia boleh digunakan dalam versi Beta tetapi hanya di Amerika Syarikat serta dalam Bahasa Inggeris sahaja pada ketika ini.