Siri Amazfit Bip 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 15 Jun 2022

TechnologyDigital
13 Jun 2022 • 5:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Enggan terus berteka-teki, Amazfit kini mengesahkan yang mana siri Amazfit Bip 3 bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan. Acara pelancaran untuknya telah dijadualkan berlangsung pada 15 Jun 2022 dan terdapat dua variasi model yang tersedia seperti Amazfit Bip 3 dan Amazfit Bip 3 Pro. Kedua-duanya juga dilihat telah mula tersenarai menerusi kedai atas talian Amazfit di Shopee tanpa perkongsian lanjut untuk harga jualan.

image is not available

Dengan siri Amazfit Bip 3, pengguna boleh melihat lebih banyak pemberitahuan dan data dengan lebih jelas menerusi saiz skrinnya yang besar. Ia dikatakan 15% lebih besar berbanding Amazfit Bip U dan Bip U Pro. Dalam pada itu, ia turut disertakan dengan pelbagai fungsi yang memfokuskan terhadap kesihatan serta kecergasan pengguna. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan pelancaran rasminya kelak.