Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

LocalBusiness & Finance
3 Jun 2026 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

image.png

Belum pun sampai setahun beroperasi, kilang pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) PROTON di Automotive High-Tech Valley (AHTV) bakal berwajah baharu.

Dipacu oleh penangan 'demam' siri Proton e.MAS yang mencatatkan permintaan luar biasa, PROTON secara rasmi mengumumkan pelan pelaburan tambahan sebanyak RM37 juta untuk menggandakan kapasiti pengeluaran kilang tersebut.

Langkah agresif ini diambil bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan yang melonjak naik, selain menyokong sasaran pasaran eksport.

 20,000 Kepada 42,000 Unit Setahunimage.png

Fasiliti canggih yang pada asalnya dibangunkan dengan pelaburan RM82 juta ini bakal menyaksikan kapasiti tahunannya meningkat daripada 20,000 unit kepada 42,000 unit.

Bukan sekadar kilang biasa, hab pengeluaran di Tanjong Malim ini dilengkapi dengan:

Teknologi Robotik Moden & IoT: Sistem pengurusan berasaskan awan (cloud) yang membolehkan pelbagai model EV dipasang secara fleksibel dalam satu barisan pengeluaran sahaja.

Hab Strategik Geely Group: Mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pangkalan utama pembuatan NEV bagi rantau ASEAN di bawah payung Geely.

Peluang Kerjaya Baharu: Menambah kekuatan 391 tenaga kerja sedia ada, sekali gus membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan memperkasa rantaian bekalan vendor tempatan.

Proton e.MAS 5 Juara EV Malaysia, Jualan Meroket 329%!image.pngImage-2-(2).JPG

Keputusan PROTON untuk mempercepatkan pelan pengembangan ini bukanlah satu perjudian, melainkan respon terhadap angka jualan yang sangat mengagumkan.

Angka Di Luar Jangkaan (Januari – April 2026)

Image-1-(8).jpg

Proton e.MAS 5: Mencatatkan 8,472 unit penghantaran dalam masa 4 bulan pertama sahaja, sekali gus memegang takhta sebagai model EV paling laris di Malaysia.

Jumlah Jualan Keseluruhan (e.MAS 5, e.MAS 7 & e.MAS 7 PHEV): Mencecah 11,617 unit — lonjakan luar biasa sebanyak 329% berbanding tempoh yang sama tahun lalu!

Bagi memendekkan tempoh menunggu pelanggan, PROTON turut mengesahkan bahawa Proton e.MAS 5 bakal dipasang secara tempatan (CKD) di Tanjong Malim, menyertai 'abang besarnya', Proton e.MAS 7.

"Permintaan Melebihi Unjuran Awal" – Komitmen PROTON

Mengulas mengenai perkembangan drastik ini, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa menyifatkan perkembanga ini mencerminkan keyakinan pengguna terhadap produk syarikat serta komitmen jangka panjang PROTON dalam menyokong perkembangan industri EV negara.

“Keperluan untuk meningkatkan kapasiti kilang NEV PROTON berlaku lebih awal daripada jangkaan berikutan penerimaan pasaran yang amat memberangsangkan terhadap model Proton e.MAS kami. Permintaan pelanggan melebihi unjuran awal dan perkara ini mempercepatkan perancangan kami untuk memperluaskan kapasiti pengeluaran tempatan,” katanya.

Isyarat Jelas Penguasaan ASEAN

Langkah berani PROTON ini memberi isyarat jelas kepada pesaing serantau: PROTON kini bukan lagi sekadar pengeluar kereta konvensional, tetapi sedang memacu transisi industri automotif Malaysia ke arah era elektrifikasi, pembuatan pintar, dan teknologi mobiliti masa depan.