Siri Galaxy S22 turun harga, dapatkan telefon bersama S Pen lebih murah di Malaysia

Digital
14 Mar 2023 • 3:24 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tidak mengejutkan. Selepas siri Galaxy S23 dilancar, Samsung Malaysia kini mengumumkan bahawa model flagship tahun lepas, siri Galaxy S22 diturunkan harga. Ini termasuk Galaxy S22 Ultra dengan S-Pen terbina di dalam, menerima potongan sehingga RM400.

image is not available

Berikut adalah harga rasmi baru untuk keluarga Galaxy S22 di Malaysia:

  • Samsung Galaxy S22 128GB RM3,499 RM3,299
  • Samsung Galaxy S22 256GB RM3,699 RM3,499
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 128GB RM5,099 RM4,699
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 256GB RM5,499 RM5,099
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 512GB RM5,899 RM5,499

Tetapi ada tawaran lebih menarik di Stor Online Samsung Malaysia. Ia kini menawarkan Galaxy S22 256GB, pada harga 128GB. Bermakna, diskaun sebanyak RM200. Manakala untuk Galaxy S22+, tidak terdapat stok boleh dibeli di stor tersebut.

image is not available

Telefon dengan S Pen termurah sekarang, Galaxy S22 Ultra 256GB berharga RM5,099 iaitu lebih murah RM600 berbanding Galaxy S23 Ultra. Adakah perbezaan harga RM600 berbaloi?

Jika anda mahukan model terbaru dan terbaik daripada Samsung, semak dan bandingkan harga terkini siri Galaxy S23 seperti di bawah:

  • Samsung Galaxy S23 128GB RM3,899
  • Samsung Galaxy S23 256GB RM4,199
  • Samsung Galaxy S23+ 256GB RM4,699
  • Samsung Galaxy S23+ 512GB RM5,199
  • Samsung Galaxy S23 Ultra 256GB RM5,699
  • Samsung Galaxy S23 Ultra 512GB RM6,199
  • Samsung Galaxy S23 Ultra 1TB RM7,199

Selain itu, semak ulasan kami tentang Galaxy S22 Ultra di sini, serta reviu kami mengenai kamera 200MP Galaxy S23 Ultra dibandingkan dengan iPhone 14 Pro Max di sini.

Bacaan Berkaitan