Siri Honor 100 turut diumumkan pada hari ini dengan dua pilihan variasi berbeza. Ianya terdiri dengan Honor 100 yang menampilkan bonggol kamera segi empat tepat yang menempatkan sistem dwi-kamera di belakang. Sementara itu Honor 100 Pro pula lebih menonjol dengan bonggol kamera berbentuk bujur bersama sistem tri-kamera utama disertakan.

Berkongsi lebih lanjut Honor 100 Pro menggunakan skrin OLED 6.78-inci bersolusi 2700×1224, 120Hz piksel dengan kecerahan puncak 2,600nits. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan sehingga 1TB UFS 4.0 untuk tunjang utama.

Bateri 5,000mAh disertakan pula boleh dicas menggunakan port USB-C, pengecasan berwayar 100W dan nirwayar 66W. Kemudian sistem kamera pula terdiri dengan 50MP Sony IMX906 DSLR dengan OIS, sudut lebar 12MP dan telefoto 32MP di belakang. Manakala kamera swafoto sebesar 50MP Sony IMX816 DSLR dengan autofokus.

Seterusnya Honor 100 dilengkapi skrin OLED 6.7-inci beresolusi 2664×1200 piksel dan 120Hz. Ini digabungkan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3, memori sehingga 16GB RAM dan storan 512GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 100W. Ini diikuti juga dengan kamera utama 50MP Sony IMX906 DSLR + 12MP ultra-lebar dan kamera swafoto 50MP.

Kedua-dua peranti dipasarkan sebagai telefon pintar dengan kemampuan fotografi seakan sebuah kamera SLR. Walaupun dilancarkan pada bulan November, sistem operasi MagicOS 7.2 berasaskan Android 13 masih digunakan.
Aneh sekali kerana pesaing mereka iQOO dan Xiaomi sudah menawarkan peranti dengan Android 14. Terdapat juga cip Honor C1 yang khusus untuk memastikan sistem komunikasi berjalan lancar. Akhir sekali Honor 100 dan Honor 100 Pro tidak mempunyai sebarang kemampuan kalis air.
Harga jualan pula adalah:
- Honor 100 (12/256GB) – RMB 2,499 (~RM 1,634)
- Honor 100 (16/512GB) – RMB 2,999 (~RM 1,961)
- Honor 100 Pro (12/256GB) – RMB 3,399 (~RM 2,222)
- Honor 100 Pro (16/512GB) – RMB 3,699 (~RM 2,419)
- Honor 100 Pro (16/1000GB) – RMB 4,399 (~RM 2,876)
