Siri Huawei Nova 10 Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada 3 November

TechnologyDigital
31 Oct 2022 • 12:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei Malaysia telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada minggu ini. Ini termasuklah pengenalan untuk siri Nova 10 yang merupakan model pembaharuan untuk rangkaian telefon pintarnya di samping Huawei Mate50. Terdapat beberapa variasi berbeza telah disenaraikan di laman web rasmi yang merangkumi Nova 10, Nova 10 Pro dan Nova 10 SE dengan tarikan masing-masing.

image is not available

Huawei Nova 10 dilengkapi skrin 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudianya dipadankan Snapdragon 778 4G, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula sebesar 4000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 66W. Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 50MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 60MP.

image is not available

Huawei Nova 10 Pro pula menggunakan skrin sebesar 6.78-inci OLED FHD+ dengan kadar semula mencapai 120Hz. Cip Snapdragon 788 4G turut digunakan sebagai tunjang utama dengan gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman terbina 256GB. Bateri 4,500mAh digunakan dengan sistem pengecasan pantas 100W. Kamera utama pula sebesar 50MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto sebesar 60MP + 8MP.

image is not available

Akhir sekali adalah Huawei Nova 10 SE. Ia disertakan skrin sebesar 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan Snapdragon 680 dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 4500mAh, sistem pengecasan pantas 66W, kamera utama 108MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto 16MP.

image is not available

Kesemua telefon pintar baharu Huawei ini akan dilancarkan pada 3 November 2022. Segala maklumat lanjut mengenai ketersediaan dan harga jualan rasmi di Malaysia akan dikongsi dalam kemaskini artikel yang akan datang.