Siri Huawei P60 dan Mate X3 akan dilancarkan 27 Mac 2023

Digital
14 Mar 2023 • 9:15 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei di temasya MWC 2023 tidak melancarkan apa-apa telefon. Namun, di sana mereka sempat mengutuskan teaser tentang siri Huawei P60 yang bakal mereka lancarkan. Kini, tarikhnya sudahpun ditetapkan iaitu pada 23 Mac 2023 untuk pelancaran di China. Tidak setakat Huawei P60, pengeluar itu juga akan melancarkan sekual telefon boleh lipat mereka, Huawei Mate X3.

image is not available

Ia berdasarkan satu poster teaser yang diutuskan pihak mereka. Poster berlatarbelakangkan air laut itu menunjukkan dua ombak sedang menuju ke bahagian tengah. Ombak pertama berbentuk segi tiga yang menggambarkan telefon boleh lipat manakala satu lagi berbentuk bulat yang mungkin merujuk kepada komponen kamera P60.

Setakat ini, masih belum ada maklumat konkrit tentang kedua-dua telefon ini. Namun, penganalisis pasaran berpendapat yang ia akan diperkasa Snapdragon 8 Gen 2 dan dilengkapi sistem trikamera belakang berteknologi pengimejan XMAGE hasil tangan Hawei sendiri.

Untuk peranti boleh lipat, Huawei Mate X3 dijangka akan mengguna pakai rekaan lipat kedalam seperti Samsung Galaxy Z Fold 4, Honor Magic Vs, dan Xiaomi Mix Fold 2.