Siri Huawei Watch Fit 4 Rasmi Di Malaysia – Bermula RM599

TechnologyDigital
22 May 2025 • 8:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jam pintar yang hadir dengan ciri kesihatan yang lebih premium dan pintar untuk produktiviti harian secara rasmi telah dijual di Malaysia iaitu Watch Fit 4 dan Watch Fit 4 Pro. Juga, menampilkan peningkatan ketara yang mengingatkan kita kepada siri GT5 sebelum ini.

image is not available

Huawei Watch Fit 4 Pro hadir dengan skrin 1.82″ AMOLED bersaiz 1.82 inci, resolusi 480 × 408 piksel, dab kecerahan maksimum 3,000 nit. Ia didatangkan dengan dua pilihan tali iaitu fluoroelastomer dan nilon yang sesuai mengikut gaya pengguna. Untuk ketahanan maksimum, permukaan skrin dilindungi dengan kaca nilam yang dipadankan bersama bingkai titanium. Fit 4 Pro boleh menyokong 100 mod sukan memastikan aktiviti yang dilakukan dijejak dengan tepat.

image is not available

Apa yang benar-benar mencuri perhatian adalah Huawei Watch Fit 4 Pro turut menawarkan pelbagai mod sukan yang lebih ekstrem, antaranya penjejakan larian, menyelam sehingga kedalaman 40 meter dan mod golf. Selain itu juga, termasuk juga dengan sokongan peta luar talian, navigasi, dan pemberitahuan pintar sekiranya pengguna tersilap mengambil selekoh.

Menawarkan ketahanan bateri sehingga 10 hari, siri Huawei Watch Fit 4 direka bagi memastikan pengguna kekal produktif sepanjang hari tanpa gangguan. Dari segi pengecasan, model Watch Fit 4 Pro mampu dicas penuh dalam masa hanya 60 minit, manakala Watch Fit 4 pula mengambil sekitar 75 minit untuk pengecasan penuh.

image is not available

Huawei Watch Fit 4 pula hadir dengan sejumlah penambahbaikan berbanding generasi terdahulu, Watch Fit 3. Antara pembaharuan utama termasuklah integrasi sensor tekanan terkini dan sistem eksklusif Health Insights yang memberikan data kesihatan yang lebih mendalam.

Dari segi paparan, peranti ini mengekalkan skrin 1.82″ AMOLED dengan resolusi 480 × 408 piksel, menawarkan ketumpatan 347 PPI dan tahap kecerahan maksimum 2,000 nit untuk penggunaan lebih jelas di bawah matahari yang terik.

image is not available

Siri Huawei Watch Fit 4 bukan sekadar sesuai untuk bersukan, tapi juga untuk kesejahteraan kesihatan pengguna. Huawei Watch Fit 4 Pro yang kini dilengkapi dengan sensor ECG yang boleh diaktifkan untuk pemantauan degupan jantung. Selain itu, kedua-dua jam ini juga boleh mengesan tahap SpO2, tahap stres dan pola tidur.

image is not available

image is not available

Siri Huawei Watch Fit 4 menerima sokongan pembayaran nirtunai Touch ’n Go. Kedua-dua jam ini juga hadir dalam pilihan 3 warna untuk Watch Fit 4 Pro dan 4 warna untuk Watch Fit 4. Huawei Watch Fit 4 dijual pada harga RM599 dengan tali fluoroelastomer dan RM699 untuk tali nilon. Sementara itu Huawei Watch Fit 4 Pro pula dijual pada harga RM999.