Siri Infinix Hot 30 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 10 April

TechnologyDigital
6 Apr 2023 • 2:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Telefon pintar Infinix Hot 30, Hot 30i dan Hot30 Free Fire Edition dilancarkan minggu lalu di Thailand. Bagi peminat peranti Infinix di Malaysia, pihak Infinix telah mengesahkan ketiga-tiga peranti ini akan memasuki pasaran tempatan pada 10 April ini.

image is not available

Infinix Hot 30 hadir dengan skrin 6.78″ IPS LCD FHD+ 90Hz, dijana cip Helio G88, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Kamera utama terdiri daripada lensa 50MP sudut lebar yang dipadankan dengan lensa AI. Sementara itu di hadapan pula sensor 8MP digunakan pada kamera swafoto. Peranti sekadar menyokong rangkaian 4G tetapi menggunakan sistem operasi Android 13. Bicu audio 3.5mm juga masih disertakan.

image is not available

Infinix Hot 30 Free Fire Edition pula hadir dengan skrin 6.78″ IPS LCD FHD+ 90Hz, dijana cip Helio G88, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Kamera utama terdiri daripada lensa 50MP sudut lebar yang dipadankan dengan lensa AI. Sementara itu di hadapan pula sensor 8MP digunakan pada kamera swafoto. Peranti sekadar menyokong rangkaian 4G tetapi menggunakan sistem operasi Android 13. Bicu audio 3.5mm juga masih disertakan.

Yang membezakannya dengan Hot 30 biasa ialah pelbagai ikon dan antaramuka, kerangka, pin talam SIM, topi , pelekat dan tali lanyard bertemakan permua popular Fee Fire.

image is not available

Infinix Hot 30i hadir dengan skrin 6.56″ IPS LCD HD+ 90Hz, dijana cip Unisoc T606, memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 18W. Kamera utama terdiri daripada lensa 13MP sudut lebar yang dipadankan dengan lensa AI. Sementara itu di hadapan pula sensor 8MP digunakan pada kamera swafoto. Peranti sekadar menyokong rangkaian 4G, dilengkapi bicu audio 3.5mm dan masih menggunakan Android 12.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved