Siri iPhone 16 Malaysia: Ini harga trade-in iPhone dan Samsung Galaxy di Switch

LocalTechnology
15 Sep 2024 • 12:30 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Siri iPhone 16 dan iPhone 16 Pro sudahpun dibuka tempahannya pada 13 September 2024 yang lalu sejurus ia dilancarkan dalam minggu yang sama. Nampaknya pengguna di Malaysia tak perlu menunggu lama untuk telefon itu tiba di Malaysia kerana ia akan mula dijual pada 20 September 2024. Ia kali pertama Apple memasukkan Malaysia ke dalam gelombang pertama pelancaran bersama-sama Amerika Syarikat.

Kalau anda bercadang untuk naik taraf iPhone 15 anda kepada yang lebih baru, Switch ada anjurkan program trade-in (tukar beli) yang membolehkan anda tukarkan telefon sedia anda ada kepada kredit untuk dibelanjakan mendapatkan iPhone baharu.

image is not available

Harga trade-in iPhone dan Samsung Galaxy di Switch

Berikut adalah harga tukar beli iPhone 15 yang disenaraikan Switch setakat senarai yang dikemas kini pada 12 September 2024.

iPhone 15 Pro Max

  • 256GB – RM4,055
  • 512GB – RM4,615
  • 1TB – RM5,155

iPhone 15 Pro

  • 128GB – RM3,495
  • 256GB – RM4,055
  • 512GB – RM4,615
  • 1TB – RM5,155

iPhone 15 Plus

  • 128GB – RM3,065
  • 256GB – RM3,330
  • 512GB – RM3,905

iPhone 15

  • 128GB – RM2,790
  • 256GB – RM3,330
  • 512GB – RM3,905

Harga trade-in siri Galaxy S24 juga ada. Berikut adalah periciannya.

Galaxy S24

  • 256GB – RM1,805
  • 512GB – RM2,005

Galaxy S24 Plus

  • 256GB – RM2,745
  • 512GB – RM2,905

Galaxy S24 Ultra

  • 256GB – RM3,650
  • 512GB – RM3,805
  • 1TB – RM4,005

Selain iPhone 15, dalam senarai yang sama terkandung juga model iPhone lain seawal iPhone 7. Jenama telefon pintar lain juga ada, contohnya daripada pengeluar Asus iaitu ROG Phone. Model daripada Google, Honor, HTC, Huawei, Lenovo, LG, Motorola, Nokia, OnePlus, Oppo, Poco, Realme, Samsung, Sony, Vivo, dan Xiaomi.

Cara sertai program trade-in Switch

Program tukar beli Switch boleh dilakukan secara dalam talian ataupun luar talian. Lebih mudah, anda boleh lawati mana-aman outlet Switch untuk kakitangan Switch menilai kredit yang layak diberikan kepada telefon yang ingin diserahkan.

Bagusnya, untuk program tukar beli Switch, kotak dan kabel pengecas tidak diperlukan. Anda hanya perlu serahkan peranti sahaja. Walau bagaimanapun, nilai kredit yang diberikan adalah tertakluk kepada nilaian Switcher dan harga dalam senarai yang disediakan adalah harga maksimum yang boleh diberikan.

Antara yang perlu anda lakukan adalah untuk pastikan peranti boleh dihidupkan sewaktu ingin menyerahkan. Kemudian, anda juga diminta untuk membuang kad SIM, mematikan ciri Find My ataupun Google ID. Sehingga 5 peranti boleh dihimpunkan untuk diserahkan dan nilai kredit boleh disekalikan bila anda nak beli produk baharu.

Anda boleh layari laman rasmi program tukar beli Switch untuk maklumat lanjut.