Siri IQOO Z8 telah dilancarkan secara rasminya di China, sekaligus melengkapkan lagi segmen produk berkenaan. Terdapat dua buah model diumumkan dengan rekabentuk yang serupa tetapi perkakasan dalaman berbeza mengikut kelas masing-masing.

Bermula dengan IQOO Z8, ia dilengkapi dengan skrin LCD 6.64-inci FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz dan HDR10+. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 8200, memori sehingga 12GB RAM dan storan mencapai 512GB untuk tunjung utama.
Peranti juga memuatkan dwi-kamera utama 64MP + 2MP dengan OIS terbina, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP. Bateri pula sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W berwayar. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.3, GPS/GLONASS dan port USB-C.

Bercakap mengenai IQOO Z8X pula, ia juga menggunakan skrin LCD 6.64-inci FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 12GB RAM LPDDR4X dan storan 256GB UFS 2.2 untuk tunjang utama.
Turut diberikan adalah sistem dwi-kamera dengan tetapan 50MP +2MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP. Baterinya juga besar iaitu 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W berwayar. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.3, GPS/GLONASS dan port USB-C.

Harga jualan peranti bermula RMB1,699 (~RM1,086), RMB1,799 (~RM1,149) dan RMB1,999 (~RM1,277) untuk IQOO Z8. Sementara itu IQOO Z8X pula berharga RMB1,299 (~RM830), RMB1,399 (~RM894) dan RMB1,499 (~RM958). Tiada butiran mengenai ketersediaan peranti untuk pasaran Malaysia yang diketahui setakat ini.
