Siri Oppo Reno14 5G Bakal Tiba Di Malaysia Pada 1 Julai 2025

TechnologyDigital
19 Jun 2025 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo secara rasmi mengumumkan bahawa siri Reno14 akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Julai 2025 menerusi beberapa hantaran di media sosial rasmi mereka. Majlis pelancaran ini juga bakal berlangsung serentak dengan Festival Muzik OOO 2025 anjuran OPPO dengan kerjasama Warner Music Malaysia di Kuala Lumpur Heritage Valley, Kuala Lumpur.

image is not available

Antara model utama yang bakal diperkenalkan ialah OPPO Reno14 Pro 5G yang boleh menggantikan model Reno13 Pro sebelum ini. Meskpun spesifikasi masih belum diumumkan, terdapat kemungkinan ia akan menggunakan cip Dimensity 8450 yang sama seperti model pasaran China. Terdapat juga petanda bahawa model Oppo Reno14 dan Reno14F turut akan diperkenalkan bersama.

Reka bentuk siri terbaru ini dijangka mengekalkan identiti moden dengan penekanan utama pada sistem kamera, selari dengan komitmen Oppo terhadap pengalaman fotografi yang baik. Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan harga jualan rasmi, nantikan pelancarannya tidak lama lagi.