Siri Papan Kekunci Razer Huntsman V3 HE Magnetic 8KHz Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan

LocalGaming
31 Jul 2026 • 1:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada pertengahan tahun ini, Razer telah memperkenalkan siri papan kekunci Razer Huntsman V3 8KHz yang tampil sebagai papan kekunci e-sukan yang menggunakan suis Razer Analog Optical Gen 2 yang merupakan suis optikal terbaru keluaran Razer yang mana setiap suis boleh diubahsuai julat pengaktifan suisnya dari 0.1mm ke 4.0mm dan mempunyai jangkahayat pengaktifan 100 juta tekanan kekunci.

Image from: Siri Papan Kekunci Razer Huntsman V3 HE Magnetic 8KHz Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan

Terkini, papan kekunci tersebut telah dikemaskini dengan penawaran suis baru, yang merupakan suis Razer Hall Effect magnetik yang memperlihatkan pengaktifan suis yang men ghampiri ketepatan yang ditawarkan pada suis optikal Razer.

Image from: Siri Papan Kekunci Razer Huntsman V3 HE Magnetic 8KHz Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan

Secara ringkasnya, papan kekunci Huntsman V3 HE Magnetic 8KHz ini hadir dengan semua fungsi-fungsi yang sama pada Razer Huntsman V3 8KHz sebelum ini, tetapi menggunakan suis yang berlainan. Sayangnya, suis Hall Effect ini tidak boleh dicabut kerana ia sudahpun dioptimasikan untuk prestasi yang terbaik.

Image from: Siri Papan Kekunci Razer Huntsman V3 HE Magnetic 8KHz Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan

Satu ciri baharu yang diperkenalkan pada papan kekunci ini dengan penggunaan suis Hall Effect ialah fungsi seperti Snap Flex dan Dynamic Keystroke yang membolehkan pengguna untuk menugaskan lebih dari satu fungsi kepada satu kekunci bergantung kepada input yang dilakukan, sama ada kekunci tersebut sedang ditekan ataupun dilepaskan.

Image from: Siri Papan Kekunci Razer Huntsman V3 HE Magnetic 8KHz Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan

Fungsi ini dilihat cukup berguna khususnya jika anda bermain permainan-permainan penembak pertama (FPS) ataupun MMO yang memerlukan input butang yang banyak. Walaupun pengguna dilihat mungkin akan perlu mempelajari cara memanfaatkan penggunaan ciri-ciri ini, ia kelak membantu pemain mengurangkan keperluan untuk menekan banyak butang kekunci sewaktu bermain.

Razer Huntsman V3 HE Magnetic 8KHz kini sudah mula ditawarkan di pasaran Malaysia dalam format Tenkeyless dan juga 65% pada harga-harga berikut:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved