Siri Paparan Skrin Acer Nitro QG0 Hadir Dengan Kadar Segar Semula Tinggi Dan Harga Mampu Milik

TechnologyDigital
6 Mar 2023 • 5:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Untuk memanfaatkan komputer-komputer riba moden, khususnya komputer kelas gaming, anda secara lazimnya akan mahu memiliki paparan skrin gaming dengan kadar segar semula tinggi juga untuk pengalaman gaming yang lebih lancar.

image is not available

Terkini, dengan siri paparan skrin Acer Nitro QG0, Acer Malaysia telah mula menawarkan paparan skrin dengan kadar segar semula tinggi ini pada harga yang cukup mampu milik sekali. Penawaran ini termasuklah Acer Nitro QG270S3, QG240YS3 dan QG240YH3 yang memperlihatkan penawaran resolusi Full HD dan kadar segar semula 100Hz ke 180Hz.

image is not available

Acer Nitro QG270S3 dan QG240YS3 menggunakan panel VA pada saiz 27 dan 24 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 180Hz, manakala Acer Nitro QG240YH3 hadir pada saiz 24 inci dengan resolusi sama dan kadar segar semula 100Hz.

image is not available

Panel-panel ini kesemuanya juga boleh mengolah 95 peratus gamut warna sRGB dan semuanya hadir dengan sokongan teknologi paparan HDR10 yang boleh dimanfaatkan pada permainan-permainan dan juga filem yang anda tontoni.

image is not available

Ia juga menyokong teknologi grafik AMD FreeSync yang mengurangkan isu carikan grafik akibat segar semula paparan yang tidak selari dengan output grafik daripada komponen kad grafik. Dari segi pilihan palam output, Acer Nitro QG270S3 dan Acer Nitro QG240YS3 hadir dengan palam HDMI dan DisplayPort, manakala Acer Nitro QG240YH3 hadir dengan pilihan palam HDMI 2.0 dan juga VGA.

Ketiga-tiga paparan skrin ini sudahpun tiba di pasaran tempatan dan dijual dengan harga berikut:

  • Acer Nitro QG270S3 – RM589
  • Acer Nitro QG240YS3 – RM499
  • Acer Nitro QG240YH3 – RM379