Siri Poco F9 Dilancarkan – Skrin 185Hz, Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series, Harga Bermula RM2799

TechnologyDigital
1 Sep 2026 • 8:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Poco F9 Dilancarkan – Skrin 185Hz, Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series, Harga Bermula RM2799

Siri Poco F kini hadir dengan penawaran baharu melalui model F9 Pro dan F9 Ultra. Kedua-duanya menampilkan spesifikasi dipertingkatkan dari segi prestasi, kamera serta sokongan perisian sekali gus menjadikannya antara pilihan menarik dalam pasaran telefon pintar semasa.

Image from: Siri Poco F9 Dilancarkan – Skrin 185Hz, Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series, Harga Bermula RM2799

Poco F9 Pro hadir dengan skrin 6.59 inci AMOLED yang menawarkan kadar segar semula 185Hz, nisbah kontras 5,000,000:1, serta kecerahan puncak sehingga 4,500 nits. Paparan ini turut menyokong DC dimming, Pro HDR Display, teknologi Xiaomi Vision Care 13, HDR10+ dan Dolby Vision, memberikan pengalaman tontonan lebih jelas.

Image from: Siri Poco F9 Dilancarkan – Skrin 185Hz, Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series, Harga Bermula RM2799

Tunjang utama peranti menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series, dipadankan dengan memori 12GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Tetapan kamera terdiri daripada kamera utama 200MP, telefoto 50MP serta kamera swafoto 32MP. Bateri 6,330mAh digunakan menyokong pengecasan 100W berwayar dan 50W nirwayar HyperCharge 4. Peranti ini juga menyokong sehingga 27W pengecasan berbalik berwayar dan 22.5W pengecasan berbalik nirwayar.

Image from: Siri Poco F9 Dilancarkan – Skrin 185Hz, Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series, Harga Bermula RM2799

Poco F9 Ultra dilengkapi skrin 6.9” AMOLED dengan kadar segar semula 185Hz, bersama teknologi DC dimming, Pro HDR Display, dan Wet Touch Display 2.0. Selain itu, ia menyokong Xiaomi Vision Care 14, HDR10+, Dolby Vision, serta pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light, menjadikan pengalaman paparan lebih selesa.

Image from: Siri Poco F9 Dilancarkan – Skrin 185Hz, Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series, Harga Bermula RM2799

Peranti ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Tetapan kamera sama seperti model Pro dengan kamera utama 200MP, telefoto 50MP periskop, serta swafoto 32MP. Bateri lebih besar 8,050mAh menyokong pengecasan pantas 100W berwayar, 50W nirwayar serta sehingga 27W pengecasan berbalik berwayar dan 22.5W nirwayar.

Image from: Siri Poco F9 Dilancarkan – Skrin 185Hz, Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series, Harga Bermula RM2799

Kedua-dua peranti ini turut dilengkapi sistem audio dengan pembesar suara stereo dan 3-Mic array bersama pensijilan Hi-Res dan Hi-Res Audio Wireless. Ia turut menyokong Dolby Atmos serta Sound by Bose untuk pengalaman bunyi lebih imersif. Harga jualan penuh bagi siri Poco F9 adalah seperti berikut:

Poco F9 Ultra

  • 12GB + 256GB – RM3,599 (Promosi RM3,299)
  • 16GB + 512GB – RM3,999 (Promosi RM3,699)
  • 16GB + 1TB – RM4,799 (Promosi RM4,399)

Poco F9 Pro

  • 12GB + 256GB – RM3,299 (Promosi RM2,799)
  • 12GB + 512GB – RM3,499 (Promosi RM3,099)

Setiap pembelian Poco F9 Ultra turut didatangkan dengan hadiah percuma Poco Pad C1 (4GB+64GB) manakala untuk Poco F9 Pro setiap pembelian disertakan hadiah percuma Xiaomi Smart Band 10 Pro. Selain itu, semua pembeli awal bagi kedua-dua peranti akan menerima kelebihan tambahan termasuk waranti selama dua tahun berbanding satu tahun, penggantian skrin dalam tempoh enam bulan serta akses percuma Google AI Pro dan YouTube Premium masing-masing selama tiga bulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved