Siri Poco X5 Akan Dilancarkan Di Malaysia 6 Februari Ini

TechnologyDigital
31 Jan 2023 • 5:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Poco kembali tahun ini dengan dua peranti baharu mereka melalui siri Poco X5. Pagi tadi telah kami laporkan yang dua peranti ini akan dilancarkan secara global pada 6 Februari nanti. Kini, Poco Malaysia (Xiaomi) telah mengumumkan yang dua peranti ini turut akan dilancarkan di Malaysia pada tarikh yang sama.

Peranti ini adalah Poco X5 Pro 5G dan Poco X5 5G. Siri Poco X adalah peranti kelas pertengahan berkuasa mereka yang menawarkan spesifikasi menarik pada harga mampu milik. Masih tiada maklumat rasmi lagi mengenai rekaan dan spesifikasi peranti, tetapi berdasarkan maklumat tertiris ia mungkin mempunyai rekaan seakan Poco X4 sebelum ini dengan sisi rata dan bonggol kamera besar.

image is not available

Poco X5 Pro dikatakan akan dijana cip Snapdragon 778G, kamera 108MP, skrin AMOLED 120Hz, dan bateri 5000mAh. Sementara Poco X5 dikatakan akan dijana cip Snapdragon 695 dengan kamera 48MP. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut di acara pelancaran peranti ini pada 6 Februari nanti.