Siri Realme 11 akan didebut di China 10 Mei 2023 ini

Digital
27 Apr 2023 • 10:18 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Siri Realme 10 baru saja dilancarkan dalam pasaran Malaysia seawal Disember 2022 lalu. Namun, ia tidak menghalang jenama itu melancarkan kemas kini generasi baharu pad abarisan telefon mereka. Realme di saluran medsos Weibo mereka mengumumkan pelancaran global siri Realme 11 yang akan berlaku pada 10 Mei 2023 di China pada jam 4 petang waktu tempatan.

image is not available

Tentang spesifikasi, tiada lagi maklumat konkrit tentang apakah komponen yang bakal didukung oleh Realme 11 kelak. Seperti kelazimannya, kita boleh jangkakan beberapa varian seperti Realme 11, Realme 11 Pro, dan Realme 11 Pro+ dilancarkan. Daripada segi spesifikasi, ia perlulah sekurang-kurangnya sama ataupun lebih baik daripada apa yang ada dalam pasaran sekarang.

image is not available

Misalnya, dalam siri Realme 10, varian yang paling tinggi adalah Realme 10 Pro+ yang diperkasa Mediatek Dimensity 920 bersama-sama RAM 12GB dan storan 256GB.

Paparannya pula adalah jenis melengkung dipinggir dan menggunakan panel AMOLED sebesar 6.7" beresolusi FHD dan memiliki kadar segar semula 120Hz.

Bateri Realme 10 Pro+ adalah sebesar 5,000mAh dengan sistem pengecasan SuperVOOC 67W.

Di Malaysia, Realme kini sedang menawarkan siri Realme 10 pada harga seperti berikut:

  • Realme 10 (RAM 8GB + Storan 256GB)  RM999
  • Realme 10 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB)  RM1,299
  • Realme 10 Pro+ (RAM 8GB + Storan 128GB)  RM1,599
  • Realme 10 Pro+ (RAM 12GB + Storan 256GB)  RM1,799