Siri realme 14 Pro Akan Dilancarkan Di Acara MWC Barcelona 2025

TechnologyDigital
5 Feb 2025 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acara MWC Barcelona tahun ini nampaknya akan menjadi semakin rancak berbanding tahun sebelumnya. Selepas Nothing mengumumkan siri Nothing Phone (3a) akan dilancarkan di acara ini, baru-baru ini realme pula mengesahkan kehadiran mereka di sana.

image is not available

Di acara MWC Barcelona 2025, realme akan melancarkan siri realme 14 Pro mereka. Ia dikatakan adalah pengenalan untuk pasaran global bagi peranti ini. Pada masa yang sama, realme turut akan berkongsi mengenai pembangunan teknologi baharu mereka selain turut memperkenalkan pelan strategik 3 tahun baharu mereka. Mungkin kerjasama dengan jenama kamera yang dikhabarkan sejak beberapa tahun lalu?

image is not available

realme 14 Pro+ hadir dengan skrin OLED 1.5K, 120Hz, dijana cip Snapdragon 7s Gen 3, memori 12GB RAM dan storan 256GB. ia menjalankan realme UI 6.0 dengan pelbagai ciri AI seperti AI Ultra Clarity 2.0, AI Snap Mode, AI Eraser 2.0 dan AI Livephoto. Sistem kamera adalah 50+50+8 Megapixel dengan kamera seafoto 32MP. Bateri pula sebesar 6,000mAh dan boleh dicas melalui pengecasan pantas 80W SuperVOOC dan menerima penarafan kalis air IP66/68/69.

image is not available

realme 14 Pro pula dilengkapi dengan skrin OLED 2392×1080 (FHD+) dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana dengan cip Dimensity 7300 Energy, memori 12GB, storan 256GB dan kamera utama 50MP + sensor monokrom bersama-sama dengan kamera swafoto 16MP. Bateri adalah sama 6,000mAh tetapi pengecasan terhad kepada 45W SuperVOOC.

Sama-sama kita nantikan harga untuk pasaran Malaysia serta tarikh jualannya sekali. Terus ikuti kami di Amanz untuk maklumat lanjut atau boleh juga ikuti kami di Daun.