Siri Redmi Note 14 Pro Akan Dilengkapi Corning Gorilla Glass Victus 2 Dan Kalis Air IP69

TechnologyDigital
24 Sep 2024 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Redmi Note 14 akan dilancarkan dalam minggu ini selepas Xiaomi mengesahkannya di Weibo. Xiaomi juga berkongsi sebahagian rekaan pada peranti yang kelak disediakan dalam pilihan warna berbeza. Penawaran kali ini turut boleh terdiri dengan Redmi Note 14 Pro dan Note 14 Pro+ yang kelak dipasarkan dalam segmen kelas pertengahan premium.

image is not available

Menariknya lagi, peranti berkenaan juga akan dilengkapi dengan kaca pelindung Gorilla Glass Victus 2 dan penarafan IP69. Ini bermakna, siri Redmi Note 14 bukan sahaja akan tahan lasak dan calar tetapi juga tahan terhadap tekanan air yang sangat tinggi serta aliran yang tinggi. Tidak dinafikan pembaharuan ini cukup menarik lebih-lebih untuk segmen peranti kelas pertengahan. Kita boleh menjangkakan ciri tersebut boleh ditawarkan sekurang-kurangnya pada model Note 14 Pro+.

Xiaomi akan melancarkan siri Redmi Note 14 di China pada 26 September 2024 bermakna hanya beberapa hari lagi untuk menunggu sehingga kesemua butiran mengenainya didedahkan. Kalau mengikut trend kebiasaannya siri ini memasuki pasaran global beberapa bulan selepas pengumuman di China. Namun semestinya spefikasi adalah berbeza seperti yang dilakukan oleh Xiaomi pada peranti-peranti sebelum ini.