Siri Stand-Up Comedy Popular Netflix, ‘TOO REAL’ Bakal Beraksi Di Kuching 19 Ogos Ini

28 Jul 2023 • 12:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gelak sampai pecah perut bersama Fakkah Fuzz!

Siri Stand-Up Comedy Popular Netflix, ‘TOO REAL’ Bakal Beraksi Di Kuching 19 Ogos Ini. Sedia untuk gelak berguling-guling kerana pelawak terkenal dari Singapura dan sensasi Netflix, Fakkah Fuzz, sudah bersedia untuk membawa pentas stand-up komedinya, ‘TOO REAL’ ke Kuching.

Acara satu malam ini akan diadakan di Bangunan Chemsain pada 19 Ogos, menjanjikan malam yang meriah dengan lawak jenaka lucu mengenai pengalaman hidupnya di usia akhir 30-an.

image is not available
Siri Stand-Up Comedy Popular Netflix, ‘TOO REAL’ Bakal Beraksi Di Kuching 19 Ogos Ini. Kredit: Google

Baru saja selesai beraksi di Kuala Lumpur, Fakkah Fuzz bersedia untuk menghibur penonton Kuching dengan lawak ‘genius’ daripada beliau.

Dari keluarga dan hubungan hingga cabaran masyarakat moden, gaya komedinya yang terhibur dan ‘mind blown’ ini akan membuat penonton tertawa sepanjang malam.

image is not available

Tayangan akan bermula tepat pada pukul 9 malam, dan pintu akan dibuka seawal jam 8.30 malam untuk memberi peluang kepada anda untuk menikmati malam yang penuh dengan gelak ketawa dan keseronokan.

Dapatkan tiket anda segera!

Dapatkan tiket anda untuk show yang penuh gelak tawa ini iaitu FAKKAH FUZZ: TOO REAL di Kuching di laman https://www.cloudjoi.com/shows/too-real-kuching

image is not available

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi lucu Fakkah Fuzz yang bakal menghiburkan anda dengan jenaka-jenaka segar dan menggelikan pada 19 Ogos ini di Kuching!

Dapatkan tiket anda segera kerana tempat adalah terhad!

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article