Siri TCL CF6 4K Fire TV Dilancarkan Dalam 2 Saiz Skrin Dan Dolby Vision

TechnologyDigital
31 Oct 2022 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri TCL CF6 4K Fire TV telah dilancarkan secara rasmi untuk beberapa pasaraN seperti UK, Itali, Sepanyol dan Jerman. Ia merupakan televisyen pintar berteknologi QLED 4K Ultra HD yang didatangkan dalam dua pilihan saiz, iaitu 50-inci dan 55-inci. Beberapa ciri tambahan seperti sokongan untuk HDR10, HDR10+ HDR HLG dan Dolby Vision turut disertakan.

image is not available

Sebagai tambahan, ia juga dimuatkan dengan mod Gaming Auto Low Latency Mode (ALLM) meskipun sekadar menyokong kadar segar semula 60Hz. Dengan adanya sokongan Alexa terbina pula, pengguna boleh mengawal televisyen menggunakan arahan suara. Ini termasuklah kebolehan melaras kelantangan audio, membuka aplikasi dengan bebas dan kawalan peralatan rumah pintar lain yang dipautkan.

image is not available

Seterusnya sistem pembesar suara yang digunakan turut menyokong Dolby Atmos untuk pengalaman audio lebih imersif. Tidak ketinggalan, televisyen ini turut menawarkan dua port HDMI 2.1 dan harga jualan pula bermula £339.99 (~RM1863) untuk variasi 50-inci. Sementara itu variasi 55-inci pula berharga £389.99 (~RM2137).

image is not available

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran luar yang diketahui.