Siri Vakum Robot Roborock S8 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM2699

TechnologyDigital
23 Mar 2023 • 6:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Roborock ialah sebuah jenama elektronik yang memfokuskan kepada pembangunan robot membersih, dan telah melancarkan sejumlah robot vakum dan mop, dan telah berada di pasaran Malaysia sejak 2019.

image is not available

Hari ini, Roborock Malaysia telah mengumumkan ketibaan siri vakum robot terbaru mereka, iaitu Roborock S8 ke pasaran tempatan, yang terdiri daripada Roborock S8, Roborock S8+ dan Roborock S8 Pro Ultra.

Ketiga-tiga model ini hadir dengan motor yang boleh menyedut kotoran melalui bahagian vakumnya dengan tekanan 6000Pa. Siri vakum ini juga hadir dengan sistem dwi-berus penggelek yang bukan sahaja lebih cekap dalam membersihkan kotoran, tetapi juga berfungsi dalam mengelakkan isu tersekat akibat gumpalan rambut dan bulu haiwan peliharaan.

image is not available

Siri robot vakum Roborock S8 ini juga dilengkapi dengan sistem mengemop VibraRise 2.0 yang mampu membersihkan lantai yang boleh menggilap lantai pada kadar 3000 pusingan setiap minit.

Vakum VibraRise 2.0 ini juga boleh diangkat apabila vakum tersebut bertukar dari membersihkan lantai ke permaidani, dan ia boleh melakukannya secara automatik.

image is not available

Model Roborock S8 Pro Ultra juga hadir dengan RockDock Ultra yang hadir dengan sokongan yang membolehkan kotoran dalam vakum untuk dibersihkan, secara automatik. Ia juga hadir dengan sistem pengering terbina untuk mengelakkan pertumbuhan kulat didalam vakum.

image is not available

Roborock Malaysia mengatakan bahawa ketiga-tiga model vakum robot Roborock S8 ini sudahpun tiba di pasaran tempatan pada tanda harga berikut: