Siri Vivo X500 Mula Dijual 3 November Dengan Harga Bermula RM4,699 – Ganjaran Hingga RM3,400 Turut Ditawarkan

DigitalSales & Promo
30 Oct 2026 • 6:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Vivo X500 Mula Dijual 3 November Dengan Harga Bermula RM4,699 – Ganjaran Hingga RM3,400 Turut Ditawarkan

Jika anda mengikuti perkembangan terkini vivo, pasti anda tahu bahawa siri Vivo X500 kini rasmi di Malaysia. Siri ini hadir dalam tiga pilihan model iaitu Vivo X500, Vivo X500 Pro dan Vivo X500 Pro Max. Kerjasama bersama ZEISS turut menjadi antara tarikan utama dengan tumpuan diberikan kepada sistem kamera telefoto yang dipertingkatkan, kemampuan rakaman video lebih baik dan bateri berkapasiti besar.

Image from: Siri Vivo X500 Mula Dijual 3 November Dengan Harga Bermula RM4,699 – Ganjaran Hingga RM3,400 Turut Ditawarkan

Bagi yang berminat, siri X500 akan mula dijual di Malaysia bermula 3 November 2026. Sempena jualan pertamanya, vivo menawarkan pelbagai ganjaran bernilai lebih RM3,400 sehingga 30 November 2026. Antara yang disediakan termasuk vivo Buds Pro bernilai RM199, rebat sehingga RM680 untuk model terpilih serta diskaun sehingga RM200 bagi aksesori IoT menerusi program pembelian atas pembelian (PWP).

Turut ditawarkan ialah pakej vivo Care bernilai RM2,167 yang merangkumi waranti dua tahun, waranti global selama setahun dan perlindungan lensa. Pembeli juga akan menerima langganan Google AI Pro selama tiga bulan bersama storan awan 5TB bernilai RM293.97.

Bagi pembelian secara ansuran, vivo menawarkan potongan RM150 melalui SPayLater untuk perbelanjaan minimum RM1,500 dan RM120 melalui Atome dengan perbelanjaan minimum RM1,000. Rebat tambahan RM100 turut diberikan untuk pelan ansuran bank terpilih. Mereka yang ingin menukar peranti sedia ada juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM300 menerusi program tukar beli, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk spesifikasi, setiap model hadir dengan penawaran yang berbeza mengikut keperluan pengguna. Vivo X500 Pro Max muncul sebagai model paling premium dalam siri ini dengan skrin 2K 144Hz, cip Dimensity 9600 Pro, kamera telefoto ZEISS APO 200MP, kamera utama 50MP serta bateri 7,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 40W nirwayar.

Image from: Siri Vivo X500 Mula Dijual 3 November Dengan Harga Bermula RM4,699 – Ganjaran Hingga RM3,400 Turut Ditawarkan

Vivo X500 Pro pula dilengkapi skrin AMOLED 144Hz, cip Dimensity 9600 Pro dan sistem kamera ZEISS yang terdiri daripada telefoto 64MP, kamera utama 50MP serta kamera ultra-lebar 50MP. Ia turut dibekalkan bateri berkapasiti 6,510mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W berwayar dan 40W nirwayar.

Vivo X500 hadir dengan skrin 6.59 inci ZEISS Master Color Display, cip Dimensity 9600M, memori 12GB RAM dan storan 512GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 7,500mAh bersama sokongan pengecasan pantas 90W serta sistem kamera ZEISS yang direka untuk fotografi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved