Siri Wacana Anugerah Merdeka 2026 beri inspirasi kepada pelajar, penyelidik muda

LocalTechnology
17 Aug 2026 • 5:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siri Wacana Anugerah Merdeka 2026 beri inspirasi kepada pelajar,  penyelidik muda

PETALING  JAYA – Amanah Anugerah Merdeka  (MAT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Siri Wacana Anugerah Merdeka 2026 (edisi kampus), program yang menghimpunkan para penyelidik terkemuka, pendidik, dan inovator muda untuk meneroka bagaimana penemuan akademik dapat diterjemahkan kepada penyelesaian bermakna yang memberi manfaat kepada masyarakat serta memacu kemajuan negara.

MAT telah ditubuhkan oleh Petronas dan Shell pada 27 Ogos 2007 untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu serta organisasi cemerlang yang sumbangan dan pencapaian mereka bukan sahaja telah menyumbang kepada pertumbuhan negara, malah turut memberi inspirasi kepada rakyat. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bagi edisi kali ini, program yang bertemakan, From Lab to Life: Turning Research into Real-World Impact” (Daripada Makmal ke Kehidupan: Mentransformasi Penyelidikan kepada Impak Dunia Nyata), telah berjaya  memberi inspirasi kepada lebih 100 pelajar, penyelidik muda dan ahli fakulti, sekali gus menyediakan platform dialog bagi merapatkan jurang antara penyelidikan sains dan aplikasi praktikal.

Sesi perbincangan panel berimpak tinggi  itu telah dikendalikan oleh moderator, Pengurus Penglibatan Luar dan Global, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM, Dr. Abdullah Mohd, Nawi.

Turut terlibat   sebagai penceramah dalam majlis ilmu itu adalah pakar terkemuka dunia dalam teknologi membran dan pemimpin pendidikan tinggi, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Pendidik berprestasi tinggi, pakari kurikulum dan penggerak utama inisiatif pendidikan STEM negara, Prof. Emerita Datuk Dr. Noraini Idris dan juga penyelidik muda terkemuka yang mewakili generasi baharu bakat sains iaitu Syaza Soraya Sauli.

“Ahli panel telah meneroka perjalanan memindahkan hipotesis daripada teori kepada aplikasi praktikal menerusi kerjasama pelbagai sektor, penyesuaian dasar negara, dan perkongsian strategik bersama pihak industri. 

“Para penceramah juga berkongsi perjalanan kerjaya peribadi mereka, memberikan panduan tentang bagaimana penyelidik muda boleh mengemudi landskap pembiayaan moden, mengatasi kegagalan eksperimen, serta membina dan mengekalkan projek jangka panjang secara mampan,” katanya dalam kenyataan.

Siri Wacana Anugerah Merdeka ditubuhkan untuk memupuk kepimpinan pemikiran, pertukaran intelek, dan budaya kecemerlangan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Edisi Kampus ini direka khas untuk menangani cabaran utama dalam ekosistem sains semasa di Malaysia: mengubah kertas penyelidikan akademik yang bersifat statik kepada penyelesaian dunia nyata yang ketara dan memberikan manfaat sosial serta ekonomi secara langsung.

Selain itu, edisi ini juga mencerminkan komitmen MAT dalam memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk melihat melampaui metrik akademik semata-mata dan mengutamakan penyelidikan yang memberikan impak nyata serta bermakna kepada dunia sebenar. 

Siri Wacana ini diadakan di pelbagai wilayah di seluruh negara bagi menggalakkan desentralisasi pertukaran intelek, meluaskan akses kepada peluang perkongsian ilmu, menggembleng minda muda yang berbakat, serta memupuk budaya kecemerlangan secara menyeluruh di peringkat nasional.

Selain itu, MAT turut mengetengahkan sesi ‘masterclass’ praktikal khusus yang bertajuk “Mission-Oriented Research: Practical Tips for Proposal Development”, yang disampaikan oleh Pegawai Strategi Utama Akademi Sains Malaysia (ASM), Nitia Samuel. 

Sesi perkongsian kerangka kerja ini memberikan panduan yang sangat strategik kepada warga universiti tentang cara merangka masalah penyelidikan secara berkesan, mengelakkan kesilapan lazim dalam permohonan geran, serta menyusun cadangan projek berimpak tinggi yang mampu menarik pembiayaan tempatan dan antarabangsa. -KOSMO! ONLINE

The post Siri Wacana Anugerah Merdeka 2026 beri inspirasi kepada pelajar, penyelidik muda appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved