Siri Xiaomi 14 Memasuki Pasaran Global Pada 25 Februari 2024

TechnologyDigital
7 Feb 2024 • 8:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri Xiaomi 14 bakal memasuki pasaran global dengan pelancaran yang dijadualkan pada 25 Februari 2024. Perkara itu disahkan oleh CEO Xiaomi Lei Jun menerusi ciapan terkini yang dimuat naik dalam X semalam. Selain itu, kita turut boleh menjangkakan kemunculan variasi Ultra memandangkan kewujudannya juga telah disahkan oleh Lei Jun sebelum ini.

Untuk rekod, siri telefon pintar mercu baharu ini terdiri dengan dua variasi iaitu Xiaomi 14 Pro dan Xiaomi 14. Versi pro dilengkapi dengan skrin LTPO AMOLED 120Hz sebesar 6.73″, diikuti juga cip Snapdragon 8 Gen 3, tri-sensor 50MP dengan sokongan Leica, kamera swafoto 32MP dan bateri 4,880mAh yang menyokong pengecasan 120W.

image is not available

Sementara itu Xiaomi 14 pula menggunakan skrin AMOLED 120Hz sebesar 6.36″, digabung pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, tri-sensor 50MP juga menyokong Leica, kamera swafoto 32MP dan bateri 4,610mAh dengan pengecasan 90W.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved