SIRIM Bangunkan Piawaian Untuk Durian Musang King

TechnologyDigital
17 Jan 2023 • 8:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

SIRIM sedia menawarkan pensijilan dan piawaian untuk sejumlah produk, dan terkini mereka turut membangunkan pensijilan dan piawaian untuk Durian Musang King.

Teknologi ini dibangunkan bersama untuk syarikat DSR Taiko Berhad – yang mempunyai ladang seluas 40.47 hektar di Pahang.

image is not available

Melalui piawian yang dibangunkan, ia memudahkan dan menyakinkan pengguna memastikan kualiti dan keaslian Durian Musang King.

Disamping itu, melalui integrasi teknologi tambahan, pengguna turut boleh menjejak keaslian buah durian berkenaan, termasuk mengesan punca dan lokasi pokok buah tersebut.

image is not available

Dengan membangunkan keyakinan, kebolehpasaran buah durian ini dijangka akan dapat diperluaskan lagi – terutamanya pada persada global.

Melalui pelaksanaan DSR Taiko Berhad untuk industri Musang King, mungkin kita akan melihat teknologi dan pensijilan untuk buah serta produk yang lebih pelbagai pada masa akan datang.