SIS Akur Titah Sultan Selangor, Gugur Perkataan ‘Islam’ Daripada Nama

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 1:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Akur titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kumpulan hak wanita, Sisters in Islam (SIS) telah menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada nama yang digunakan secara umum.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Pengarah Eksekutif SIS Rozana Isa memberitahu susulan keputusan tersebut, pihaknya akan menggunakan nama berdaftarnya, SIS Forum (Malaysia).

Akur titah Sultan Selangor

image is not available

Namun begitu, dia menegaskan akan tetap teguh dalam komitmen memperjuangkan kesaksamaan jantina dan keadilan dalam undang-undang keluarga Islam.

“Akhirnya, yang paling penting adalah usaha kami untuk wanita Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan.

Akur titah Sultan Selangor

image is not available

Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah SIS Forum (Malaysia) tidak lagi menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’ ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Titah itu dikeluarkan supaya perkataan Islam tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentingan syarikat tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved