“Sis Cannot Brain” – Shikin Maembong Luah ‘Ex’ Minta Bayar Balik Duit Deposit Hospital Sebab Nak Bayar Bil

19 Sep 2023 • 12:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada penyanyi Cat Farish baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya apabila dia dilihat meluah perasaan tentang sikap ‘ex’ di Instagram.

Menerusi hantaran Instagram Story, Shikin Maembong mendakwa individu yang bergelar ‘ex’ atau bekas ada meminta semula wang pendahuluan.

Shikin menulis bahawa ‘ex’ berkenaan meminta duit kerana alasan dia yang membayar bil deposit hospital.

Hmmm boleh ke Ex sesuka hati minta refund duit deposit hospital atas alasan dia yang bayar bil. Sis cannot brain.

Namun begitu, Shikin tidak pula mendedahkan siapa sebenarnya ‘Ex’ yang dimaksudkan.

Sekadar info, Shikin pernah bernikah dengan anak kepada Chef Wan iaitu Chef Riz pada Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang puteri tunggal iaitu Putri Arianna Natasya yang kini berusia 8 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 9 hours ago

"Banyak Aurat Lain Perlu Ditutup" - Raja Azmi Akui Dirinya 'On-Off' Berhijab

View Original Article