“Sisa Makanan Penuh Lalat” – TikToker Jual Laksa Dakwa Dihalau, Jiran Bongkar Rupanya Tak Jaga Kebersihan

LocalEntertainment
22 Dec 2024 • 2:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tiktoker

Di TikTok tular satu isu melibatkan seorang TikToker terkenal yang menjalankan perniagaan laksa Siam dari rumah.

TikToker berkenaan mendakwa dirinya telah dihalau daripada kawasan kejiranan disyaki akibat perasaan iri hati dan dengki.

Jiran dedah perkara sebenar

Namun, seorang individu tampil menjelaskan perkara sebenar mendakwa kawasan rumah kotor akibat sampah sarap dan sisa makanan tidak diselenggara dengan baik.

@nuraleya86

saya tak dengki ngn rezeki org bkn nk tutup periuk nasi org.. sya cuma nk hidup dngn aman dirumah sya sndri.. #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – @Nur_Aleeya – @Nur_Aleeya

Sebagai jiran, dia sudah tidak tahan dengan bau akibat daripada kawasan air yang bertakung di belakang rumah.

Di dalam longkang pula, ada air dan darah ikan yang dibasuh sebanyak berpuluh-puluh kilogram sehari untuk perniagaan laksa tersebut.

Air-air tu semua mengalir masuk kawasan longkang saya sebab situ tak ada aliran longkang. Lalat yang banyak asbab sisa-sisa makanan yang bersepah. Cuba korang pula hidup dengan lalat-lalat yang banyak ni setiap hari apa perasaan korang? Jangan tahu mengecam saja dengar dua-dua pihak. Anda semua tak duduk dekat tempat kami.

Jelas jiran lagi, video penjelasan yang dimuat naik tidak bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa. Sebaliknya mereka cuma mempertahankan diri selepas dituduh menghalau.

image is not available

Sementara itu, TikToker yang mempunyai lebih 500,000 pengikut itu turut menjelaskan situasi di pihaknya.

TikToker pertahankan diri

Katanya gambar dan video yang diambil adalah keadaan selepas banjir menyebabkan kawasan rumah kelihatan kotor.

image is not available

Namun, dia mengakui kesalahan kerana tidak membersihkan luar rumah terlebih dahulu sebelum mula memasak.

Difahamkan, dia menghentikan perniagaan buat sementara waktu dan akan berpindah dari kawasan kejiranan terbabit.

#OhmediaNasihat

Dari kisah ini, kita dapat belajar betapa pentingnya menjaga kebersihan apabila menjalankan perniagaan dari rumah. Kebersihan bukan sahaja menjaga imej perniagaan, malah memastikan hubungan dengan jiran sentiasa harmoni. Ingat, sikap bertanggungjawab adalah kunci utama untuk hidup berjiran yang baik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @nuraleya86