Sistem Biomentri VitalID Mengesan Getaran Unik Tengkorak Kepala

Technology
6 Apr 2026 • 2:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sistem biometri mengimbas cap jari, wajah dan kepala secara 3D sudah menjadi kelaziman pada peranti moden. Setiap satunya mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Penyelidik dari Rutgers University telah membangunkan sistem biometri baharu VitalID yang membaca getaran tengkorak kepala tanpa memerlukan perkakasan baharu.

image is not available

Kajian mendapati tengkorak manusia bergetar pada frekuensi unik kerana setiap individu mempunyai corak pernafasan, degupan jantung dan bentuk serta ketebalan tengkorak yang berbeza. Oleh itu getaran tengkorak setiap manusia adalah unik.

VitalID dibangunkan khusus untuk set kepala yang diramalkan akan digunakan secara lebih meluas. Sistem imbasan anak mata, dan topografi muka yang digunakan sekarang didapati perlahan. Sistem VitalID menggunakan sensor accelerometer sedia ada untuk mengesan getaran tengkorak yang sepanjang masa.

Ia boleh berfungsi di latar bagi mengesahkan pengguna yang sama setiap sesi dan juga mengesan sekiranya mereka masih hidup. Secara teorinya sistem boleh diprogram untuk menutup aplikasi serta merta dalam situasi pengguna dipaksa mengakses akaun bank kemudian orang lain memakai set kepala untuk mencuri dana.

Sistem ini masih sekadar kajian dengan tiada perancangan ia digunakan pada set kepala dalam masa terdekat.

View Original Article