Sistem BUDI95 Boleh Proses 30,000 Transaksi Seminit

LocalPolitics
27 Sep 2025 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kelancaran pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan keupayaan sistem baharu yang mampu memproses sehingga 30,000 transaksi seminit.

Perdana Menteri berkata, peningkatan kapasiti itu dibuat selepas kerajaan mengambil iktibar daripada masalah teknikal yang berlaku ketika pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebelum ini.

"Ketika SARA dilaksanakan, kapasiti sistem hanya mampu proses 3,000 transaksi seminit kerana ia dirancang untuk kumpulan lebih kecil.

"Tetapi untuk BUDI95, server (pelayan) ditingkatkan sehingga 10 kali ganda, iaitu 30,000 transaksi seminit. Ini membolehkan permohonan dan rayuan orang ramai diproses dengan lebih cepat dan lancar," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved