*Sistem demokrasi dan Peranan pembangkang di dewan undangan negeri*

Opinion
20 Nov 2024 • 10:00 AM MYT
Sandara Segaran
Sandara Segaran

A freelance content creator who focuses on politics and current issues

image is not available
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2021/02/28/parliament-officer-confirms-no-sitting-on-march-8/1953649

Peranan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dalam sesebuah negara adalah amat penting demi mengekalkan demokrasi. Sistem tersebut dinilai dengan cara Parlimen atau Dewan undangan negeri negara tersebut berfungsi, dan Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.

Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Definisi demokrasi berparlimen adalah rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya, di mana mereka berhak menyokong atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera, dan stabil.

Demokrasi ialah suatu bentuk pemerintahan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan yang ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokrasi.

Sistem demokrasi berparlimen dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih. Seperti yang kita tahu, rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara. Oleh itu, sistem demokrasi berparlimen memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti. Seterusnya, rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik, dan berpersatuan.

Antara kelebihan lain bagi sistem demokrasi berparlimen ialah kecekapan pentadbiran negara yang sistematik telah dibentuk dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan. Ini dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Dengan itu, perancangan pembangunan kerajaan dapat mudah diatur. Di samping itu, kerjasama dalam masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan antarabangsa. Akhir sekali, sistem ini juga dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjamin kestabilan politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing bagi membantu perkembangan sistem industri negara.

Dengan jelasnya, kedua-dua pihak ini mempunyai peranan masing-masing dalam menggubal, meminda, atau memansuhkan undang-undang yang berkaitan dengan senarai yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri negara masing-masing.

Selain meluluskan undang-undang, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang bagi polisi, projek, dan perbelanjaan kerajaan sesebuah negara.

Dalam sistem demokrasi berparlimen, Sidang Parlimen atau Dewan Undangan Negeri memainkan peranan sebagai forum untuk kedua-dua pihak, ahli Parlimen dan DUN, membangkitkan, membahaskan, dan mencari penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi oleh komuniti setempat.Ini adalah amalan taraf dan struktur politik dalam sesebuah negara mengikut perlembagaan.

Pada amnya, pilihan raya bagi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri diadakan untuk memilih wakil rakyat, di mana mereka dianggap sebagai suara rakyat dan memainkan peranan mewakili pihak rakyat serta memastikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya adalah ciri penting dalam demokrasi berparlimen kerana ia merupakan proses pemilihan wakil kepada rakyat untuk menjadi pemerintah di peringkat persekutuan atau negeri.Setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi secara sulit dan melalui prosedur yang telus dan teratur.

Image from: *Sistem demokrasi dan Peranan pembangkang di dewan undangan negeri*
https://umno-online.my/2023/09/14/persidangan-kedua-dewan-undangan-negeri-johor/

Malangnya, situasi ini berbeza di Dewan Undangan Negeri Johor yang mana tidak lazim dan tindakan kedua-dua pihak amat mengejutkan dan mengecewakan rakyat jelata yang mengundi mereka, di mana kerjasama antara pihak pemerintah dan pembangkang telah menyekat hak bersuara dan penyampaian kritikan terhadap kelemahan mana-mana isu yang berkaitan dengan rakyat.

Dewan Undangan Negeri harus memainkan fungsinya seperti Parlimen yang merupakan badan perundangan tertinggi di setiap negara.Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk membahas, menggubal, dan menguatkuasakan undang-undang di setiap negeri di Malaysia.Rang Undang-Undang yang telah diluluskan di Dewan Negeri akan dibawa kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk diperkenan dan menjadi undang-undang setelah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri.

Dalam pilihan raya Negeri 2022 yang lepas, Barisan Nasional memenangi dengan 2/3 majoriti di Dewan Undangan Negeri Johor. Manakala pada pilihan raya umum yang datang seturus,iaitu Pilihan Raya ke-15 pada tahun lepas telah memberikan parti-parti politik yang bertanding tidak memperoleh majoriti untuk menubuhkan kerajaan pusat, dan keadaan ini menyebabkan pembentukan kerajaan perpaduan atau lebih dikenali sebagai "Kerajaan Madani".

Image from: *Sistem demokrasi dan Peranan pembangkang di dewan undangan negeri*
https://images.app.goo.gl/ZsJjGY4Fv2C7Tpp36

Secara khusus, dalam keadaan sebagini, Ketua Pembangkang Negeri Johor tidak boleh melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang kerana kerajaan perpaduan dianggotai oleh ahli-ahli parti mereka yang sepatutnya duduk sebagai pembangkang, malah terpaksa menduduki dalam gabungan kerajaan perpaduan dan menjawat jawatan Menteri dalam Kerajaan Persekutuan.Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang kemampuan untuk berfungsi dengan berkesan dalam tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Pengubahsuaian prosedur demokrasi seperti ini menimbulkan kebimbangan terhadap demokrasi perlembagaan dan kemungkinan pengundi tidak berminat dalam pilihan raya pada masa akan datang. Ini akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap pilihan raya dan kemungkinan besar mengabaikan tanggungjawab mengundi. Satu andaian timbul di pandangan mereka bahawa pembentukan kerajaan seperti ini akan berlaku pada pilihan raya akan datang berdasarkan keselesaan ahli-ahli yang dipilih dan bukannya mengikut demokrasi berparlimen.

Kerjasama antara parti pemerintah dan pembangkang di Johor telah menjadi tanda tanya terhadap sistem demokrasi perlembagaan negeri dan hasrat rakyat yang mahukan suara pembangkang didengar di Dewan Undangan Negeri Johor telah menjadi kenyataan.

https://vt.tiktok.com/ZSja72Wa8/

Secara keseluruhan, kerajaan pemerintah mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan demokrasi perlembagaan dalam negara. Jika tidak, pada masa akan datang, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap sistem pilihan raya negara.


Sandara Segaran adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.