Sistem e-invois sepenuhnya mulai 1 Julai

LocalTechnology
8 Jan 2025 • 8:52 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: Kerajaan akan melaksanakan sepenuhnya sistem e-invois bagi menggantikan dokumen kertas dan dokumen elektronik tradisional seperti PDF, JPEG dan DOC pada 1 Julai ini.

Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata inisiatif itu akan meliputi semua transaksi antara penjual dan pembeli, termasuk pengurusan hartanah.

Advertisement“Teknologi moden ini menandakan permulaan transformasi penting bagi Negeri kita. Rakyat akan menikmati perkhidmatan lebih cekap, menjimatkan masa dan kos,” katanya.

“Antara faedah utama e-invois ialah mengurangkan proses dan kesilapan manual, memudahkan penyerahan penyata cukai, meningkatkan kecekapan operasi dan mendigitalkan pelaporan cukai dan kewangan,” tambahnya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau melahirkan keyakinan bahawa inisiatif itu akan merangsang inovasi selanjutnya, menunjukkan Sabah boleh bersaing dengan negeri lain dalam dunia global hari ini.

“Dengan kerjasama semua orang, saya percaya kita boleh mencapai manfaat yang besar untuk semua, mewujudkan masa depan yang lebih bijak, lebih mampan dan inovatif,” tambahnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu menyatakan bahawa melaksanakan sistem e-invois dan e-pembayaran dalam pengurusan hartanah adalah langkah utama ke arah meningkatkan kecekapan operasi.

Beliau menggariskan kelebihan utama pendigitalan, seperti mengurangkan kesilapan manual, memperkemas proses, menambah baik operasi, dan mendigitalkan pelaporan kewangan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bercakap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perkhidmatan, serta pelancaran sistem e-invois melalui aplikasi GoNet, pada Selasa, Joachim mengucapkan tahniah kepada Taylor Hobbs, Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, bersama-sama pihak Syarikat

Pengurusan Taman Bakti Ikhlas dan Beverly Hills Plaza ‘B’, kerana menyertai GoNet sebagai rakan kongsi perniagaan baharu.

“Perkongsian ini adalah contoh terbaik bagaimana sektor swasta boleh bekerjasama untuk memacu perubahan positif. Saya berharap lebih ramai pihak berkepentingan akan mengambil bahagian dalam inisiatif digital yang sama,” katanya.

Joachim turut memuji GoNet, sebuah syarikat berpangkalan di Sabah dengan pengalaman lebih tiga tahun, memegang lesen e-dompet yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

“Dengan kepakaran GoNet, saya yakin aplikasi itu akan terus menawarkan pelbagai kemudahan digital di hujung jari pengguna,” katanya.